Rakan Muda Wawasan Desa-Kg Tengah Puchong


22 hingga 24 Mei 2009 telah berlangsungnya program Rakan Muda Wawasan Desa (RMWD) anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang diadakan di Kg Tengah Puchong.Seramai 35 peserta telah mengikuti program ini.Program yang berbentuk kemasyarakatan ini telah menarik seramai 19 buah keluarga untuk mengambil pelajar-pelajar UKM ini sebagai anak angkat mereka.

Pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan oleh penduduk kampung dan juga Pejabat Belia Daerah Petaling.Antara aktiviti menarik yang dilaksanakan ialah senamrobik,gotong-royong,lawatan industri,malam kebudayaan dan sukaneka. Program ini telah menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mahasiswa selain dapat menjalinkan dan mengeratkan lagi hubungan dengan masyarakat iaitu penduduk kampung.


22 MEI 2009


Penyerahan anak angkat

23 MEI 2009


Senamrobik


gotong royong : mengecat dewan


gotong royong : membersihkan kawasan dewan


Lawatan industri : Kilang membuat Rehal


Lawatan industri : Penternakan kambing


Lawatan industri : Penanaman cendawan


Persembahan Pelajar


Perasmian majlis oleh YB Dato` Dr Muhamad Satim Diman

24 MEI 2009


Sukaneka: Acara boling kelapa


Sukaneka : Acara menganyam ketupat


Sukaneka : Acara toilet Mumia


Sukaneka : Futsal pelekat-lelaki


Sukaneka : Futsal pelekat-wanita


Penyerahan semula anak angkat


Sesi fotografi

Program Kepimpinan Interaktif Rakan Muda IPT

Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia telah menganjurkan satu program yang dikhususkan kepada semua Sekretariat Rakan Muda IPT di Malaysia.Program telah berlangsung pada 10 Mei 2009 di Dewan Komanwel,Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil Kuala Lumpur. Program tersebut telah dihadiri oleh YB Dato' Ahmad Shabery Bin Cheek iaitu Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Terdapat lebih kurang 35 buah IPT yang telah menubuhkan Sekretariat Rakan Muda di IPT salah satunya adalah Sekretariat Rakan Muda UKM. Diantara objektif program ini dilaksanakan adalah sebagai platform untuk berinteraksi dengan lebih dekat dengan pemimpin pelajar IPT serta menyelami kehendak generasi muda di Institusi Pengajian Tinggi.

Sekretariat Rakan Muda UKM telah menghantar 2 orang wakil ke program ini iaitu Nurulain Bt Ahmad (Timbalan Presiden I) dan Siti Naqiah Binti Ajman (Bendahari). Majlis ini telah berlangsung pada pukul 2 petang dan dimulakan dengan slot yang pertama iaitu "Program Rakan Muda Sebagai Agenda Pembangunan Sosial Generasi Muda Malaysia".

Acara kemuncak adalah pada pukul 8.30 malam apabila Sesi Dialog tertutup bersama YB Dato' Shabery Cheek , Menteri Belia Dan Sukan. Wakil Pemimpin pelajar boleh mengajukan soalan secara lansung kepada YB Dato'. Sidang AKhbar juga turut berlangsung sejurus program berakhir.



Pentas utama


Salah satu program rakan muda-Remaja Siber

Cendramata dari KBS

Lawatan Balas SRM UTM

Sekretariat Rakan Muda UTM telah mengadakan Lawatan Balas ke UKM pada 10 April hingga 12 April 2009. Mereka telah smapai pada 10 April jam 930 malam, SRM UKM telah menyambut ketibaan pihakUTM di bilik gerakan SRM UKM. Sedikit sesi taaruf dan sesi dialog telah diadakan dan di akhiri dengan jamuan ringan.

Pada 11 April 2009, Sekretariat Rakan Muda UKM telah menyediakan beberapa aktiviti menarik untuk Pihak UTM.Antaranya ialah Tresure Hunt yang telah diadakan di Stadium UKM. Walaupun cuaca agak panas pada pagi itu, ia tidak menghalang dan mematahkan semangat SRM UTM untuk mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut. Bagi kumpulan yang menang dalam Tresure Hunt ini kemudiannya akan dibawa bersiar-siar sekitar UKM dengan menunggang basikal.

Pada petang nya pula, SRMUTM telah merancang untuk pergi ke Alamanda Putrajaya. Beberapa orang Exco telah turut sama memeriahkan keadaan. Acara BBQ telah diadakan pada malam tersebut di perkarangan penginapan mereka di Pangsapuri Taman Tenaga. Acara itu turut di bantu oleh exco-exco dari SRM UKM.

12 April 2009, tepat jam 9 pagi Sekretariat Rakan Muda UTM telah pun bertolak ke detinasi mereka seterusnya. Pelbagai kenangan telah dikongsi bersama. Diharapkan perhubungan SRM UTM dan SRM UKM akan terus kekal selamanya.

Kem Cinta Alam Sg Sedim

Pada 3 hingga 5 April 2009, Sekretariat Rakan Muda UKM telah menganjurkan aktiviti berbentuk rekreasi dan outdoor iaitu Program Kem Cinta Alam Sg Sedim di bawah kelolaan Exco Rakan Cinta Alam. Program ini telah diadakan di Sedim Recreation Park,Kulim Kedah. Seramai 36 orang mahasiswa UKM telah meyertai program ini dengan kerjasama dari Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program ini iaitu:
  • Night Walk
  • Ice Breaking

  • Water Confidient
  • Water Rafting
  • Tubing
  • Team Building

  • Jungle Tracking

  • Abseiling

  • Flying Fox

Program seperti ini dianjurkan adalah bagi memantapkan daya ketahanan fizikal peserta dlam menghadapi pelabgai dugaan dan cabaran yang datang dan juga memupuk perpaduan di antara mahsiswa.Disamping mereka sendiri menikmati keseronokan bersama. Program yang dianjurkan selama 3 hari 2 malam ini telah memberi banyak faedah dan edapat respon yang baik di kalangan peserta.

Jelajah IPT 2009 (Selatan)

27 hingga 29 Mac 2009, Sekretariat Rakan Muda UKM telah mengadakan program Jelajah IPT 2009 (selatan). Program ini dilaksanakan di tiga buah Universiti iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Program ini disertai seramai 36 orang peserta dan juga mkt srmukm. Program ini dianjurkan bagi mengeratkan lagi hubungan dan menukar pandangan serta pendapat dikalangan ahli-ahli SRM.

27 Mac 2009- Bersuai kenal dengan SRMUTM dan menjalankan beberapa aktiviti menarik bersama seperti sesi dialog,berjogging,melawat ke pesta konvo dan sekitar UTM.








28 Mac 2009- SRMUKM ke UTHM bagi menjalankan beberapa aktiviti menarik seperti sesi dialog, berkayak dan melawat sekitar UTHM.






29 Mac 2009- Destinasi seterusnya adalah ke UTeM. Disebabkan Pihak UTeM terlibat dengan program, SRMUKM hanya melawat ke UTeM sebentar sahaja. MKT SRMUKM sempat membuat sedikit sesi dialog bersama Presiden SRMUTeM dan ahli SRM yang lain pergi melawat bangunan UTeM.