Majlis Berbuka Puasa SRMUKM 2009


SALAM RAKAN MUDA, SALAM RAMADHAN DAN SALAM SATU MALAYSIA...

Dengan sukacitanya dimaklumkan, sempena keberkatan bulan ramadhan..Urusetia SRMUKM menjemput semua ahli SRMUKM untuk turut sama meramaikan majlis berbuka puasa kali ini... Diharapkan dengan kehadiran semua, majlis yang dianjurkan ini akan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t. serta dapat merapatkan lagi silaturrahim di antara kita..

Amin.... :D



“Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka.”

(Riwayat Ibn Majah, sanadnya pada nilaian hasan dan ke atas. Ishaq bin ‘Abd Allah al-Madani dithiqahkan oleh Abu Zur’ah dan disebut saduq oleh al-Zahabi dalam al-Kasyif )

Rakan Muda Wawasan Desa - Sg Congkak

7 hingga 9 Ogos 2009, Sekretariat Rakan Muda UKM telah mengadakan sebuah program masyarakat dan anak angkat iaitu program Rakan Muda Wawasan Desa IPT 2009 anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Program ini telah diadakan di Kg Padang @ Lubuk Kelubi, Sg Congkak Hulu Langat. Program kemasyarakatan ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam yang disertai seramai 33 orang peserta dan juga 10 buah keluarga yang terlibat dalam pengambilan anak angkat.

Pelbagai aktiviti yang menarik melibatkan mahasiswa UKM dan juga penduduk kampung serta belia-belia kg Padang Sg Congkak ini. Antara aktiviti tersebut adalah senamrobik, kembara air terjun Sg Congkak, perlawanan futsal dan bola jaring, malam kebudayaan, gotong royong dan melawat dusun buah-buahan. Program ini banyak membantu mahasiswa dalam menguatkan lagi ketahanan mental dan fizikal selain memupuk nilai-nilai murni serta mengeratkan hubungan dengan penduduk kampung.



Penyerahan anak angkat


Taklimat dan ceramah kampung


Senamrobik


Kembara Air Terjun

Di puncak air terjun
Sukan

Malam Kebudayaan

Gotong royong dan mercu tanda

Penyerahan balik anak angkat

Remove Formatting from selectionSesi Bergambar

Laporan Ringkas Perjumpaan Perdana SRM Sesi 09/10

Salam Rakan Muda..Salam Satu Malaysia..

4 Ogos yang lalu, Dewan DK 3F 302 FSSK menjadi medan pertemuan Majlis Tertinggi (MT) SRMUKM dan ahli2 baru SRMUKM....Agenda perjumpaan perdana kali ini tidak lain dan tidak bukan, untuk merapatkan lagi ikatan antara ahli....Syukur, perjumpaan ini, sedikit sebanyak dapat membuka mata ahli tentang aktiviti dan peranan SRMUKM....

Terlebih dahulu, jutaan terima kasih kepada semua ahli yang sudi meminjamkam telinga,mata,tangan dan kaki untuk perjumpaan perdana ini..Maaf dari pihak kami jika berlaku sebarang kelewatan atau sedikit kelam kabut sepanjang perjumpaan. Ialah, manusia, lebih2 lagi...kami yang masih belajar, tidak mungkin lari dari kesilapan..
Perjumpaan sepanjang satu jam setengah ini, lebih memfokuskan tentang pengenalan MT SRMUKM kepada ahli serta peranan mereka... Mudahlah jika saudar/i ingin merujuk tentang perkara berkaitan SRMUKM... Boleh juga dirujuk carta organisasi SRMUKM pada rangkaian di bahagian 'labels'..
Sepanjang perjumpaan ini juga ada diterangkan mengenai aktiviti lepas dan aktiviti akan datang yg akan SRMUKM jalankan..
Sebarang informasi berkaitan akan kami beritahu di blog dan facebook...
Semoga kita semua akan dapat memeriahkan lagi aktiviti di SRMUKM..
Jangan malu dan segan....Silalah berkunjung ke bilik SRMUKM....

Majulah SRM untuk UKM.... :D



~ konsentrasi daripada ahli ~

~ barisan MT SRMUKM...ceria nampaknya... :D ~

~ sesi suai kenal~

~ ahli-ahli SRMUKM....terima kasih atas penglibatan anda~

~serius mendengar penerangan dari MT ~