Nabil Jeffri- ikon 1Belia 1Malaysia



~salam rakan muda~

Nabil Jeffri ikon 1Belia 1Malaysia

31/03/2010 3:46pm

KUALA LUMPUR 31 Mac – Pemandu go-kart Nabil Jeffri yang menamatkan perlumbaan kejohanan Rotax Max World di Mesir tahun lepas dengan menduduki tempat keenam, dilantik sebagai ikon “1Belia 1Malaysia”.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek yang membuat pengumuman itu di Putrajaya hari ini berkata, pemilihan Nabil bukan hanya berdasarkan kepada prestasi beliaui di litar, tapi juga di luar litar.

"Nabil bukan nama baru di arena lumba go-kart yang kompetetif dalam negara dan pernah memenangi banyak gelaran sejak mula bertanding secara kompetitif,” katanya dalam stu kenyataan di sini hari ini.

Nabil, juara kategori remaja Kejohanan Rotax Max Challenge Malaysia dan juga Asia Max Challenge 2009, menduduki tempat keenam dalam perlumbaan di Mesir yang membabitkan 72 pemandu dari 60 negara, dan kini beliau sedang mengintai peluang untuk ke perlumbaan F1.

"Ia adalah satu penghormatan kerana dipilih sebagai ikon 1Belia 1Malaysia.

“Negara ketika ini sedang berusaha ke arah perpaduan dan kejayaan, jadi saya sangat bangga kerana dapat menyumbang ke arah itu,” kata remaja 16 tahun itu. – Bernama


Program Himpunan Patriotik (HIMPUN) Siri 2

~salam rakan muda~

mari2 join program baru!

Program Himpunan Patriotik (HIMPUN) Siri 2
2- 4 april 2010
Kem Bumi Jati, Shah Alam, Selangor!
10 peserta diperlukan!
aktiviti-mesti la bez sangat2..

mari join untuk pembukaan study week!
pendaftaran boleh secara msg pd Sri hani- 017 6232094 atau msg di fb.
yakin boleh gemilang!~

Sesi fotografi dan Bengkel Realisasi dimensi Baru SRM UKM

Salam rakan muda.

Perhatian kepada semua MT dan Exco SRM UKM sesi 2010/2011. Berikut adalah agenda terbaru SRM UKM.

Sesi fotografi barisan kepimpinan baru akan diadakan pada 3 April 2010 di Bilik SRM UKM. Bengkel Realisasi Dimensi Baru SRM UKM akan diadakan pada 4 April 2010 di bilik gerakan HEP. Sila bawa RM 50 untuk baju korporat SRM UKM pada 4 April 2010. Kehadiran adalah diwajibkan. Sebarang masalah boleh rujuk pada Presiden SRM UKM. sekian. Yakin Boleh Gemilang~

Mesyuarat Penyelarasan Rakan Muda IPT

Salam Rakan Muda.

Pada 22 Mac 2010, SRM UKM telah dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Rakan Muda IPT di Dewan Serbaguna, Menara KBS, Putrajaya. Mesyuarat yang berlangsung dari jam 10 pagi sehingga 5.30 petang telah menghimpunkan semua wakil SRM IPT dan juga wakil HEP setiap universiti. SRM UKM telah menghantar 2 orang wakil iaitu Presiden SRM UKM (Saudara Khairul Anwar Jeon) dan Bendahari SRM UKM (Nur Ezzatie Surasah). Sesi mesyuarat ini telah membincangkan beberapa topik yang menjadi mainan fikiran setiap SRM IPT. Antara topik yang telah dibincangkan adalah sistem e-bantuan dan Karnival Belia Rakan Muda. Program ini telah berjaya merungkai segala permasalahan yang dialami sama ada di bahagian pihak SRM IPT dan juga bahagian pihak KBS. Setiap SRM IPT juga berpeluang untuk memperkenalkan wakil MT dan exco kepada SRM IPT berlainan sambil bertukar-tukar pendapat. Selain itu, kehadiran Menteri Belia dan Sukan, Y Bhg Datuk Ahmad Shabery Cheek telah memeriahkan program ini. Beliau turut menyampaikan Watikah Perlantikan Sekretariat Rakan Muda bagi setiap IPT. Program ini berjaya mengeratkan ukhwah persahabatan antara SRM IPT. Diharapkan Mesyuarat Penyelarasan Rakan Muda IPT akan diteruskan untuk manfaat semua SRM IPT dan pihak kementerian. Yakin Boleh Gemilang!


*suasana sidang mesyuarat*

*penerimaan watikan perlantikan dari Menteri Belia dan Sukan*

*dari kiri: Musa (Presiden SRM UUM), Bob (Prsedien SRM UPM), Ridhwan (Presiden SRM UTM), Naim (Timb Pres SRM UPM), Khairul Anwar (Presiden SRM UKM)*

*dari kiri: Shahairul (Bendahari Kehormat SERUM), Hafiz (Timb Pres 1 SERUM), Khairul Anwar (Presiden SRM UKM), Syafiq (wakil SRM USM)*

* SERUM*

*SRM USM*

*sesi fotografi Mesyuarat Penyelarasan Rakan Muda IPT*

Jelajah IPT Sentral 2010


Salam rakan muda.

Pada 20 mac - 21 mac 2010, SRM UKM telah mengadakan program JELAJAH IPT ZON SENTRAL 2010. Program penjelajahan ini bermula dengan sesi dialog bersama UIA, UM dan UPM pada 20 mac 2010. Sesi dialog bersama USIM diteruskan pada 21 mac 2010. Objektif program ini adalah untuk melebarkan jaringan komunikasi antara SRM UKM dan SRM IPT zon sentral. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan barisan MT dan Exco SRM UKM sesi 10/11 kepada SRM UIA, SERUM, SRM UPM dan SRM USIM. Keberkesanan program ini dapat dilihat apabila sesi dialog antara SRM IPT lain berjalan dengan lancar di samping perancangan untuk menjalan program bersama. Program ini dilihat berjaya mengetengahkan idea-idea pengurusan baru di samping berkenalan dengan warga IPT lain. Majulah SRM untuk para belia!YAKIN BOLEH GEMILANG!


* bersama SRM UIA*

* sesi dialog bersama SRM UIA*


*sesi dialog bersama SERUM*


*kenangan bersama SERUM*


*SRMUKM vs SERUM*


*makan malam di UPM*


*ceria bersama SRM UPM*

* di bangunan canselor USIM*


* SRM UKM dan SRM USIM*

AGM SRMUKM~


Salam rakan muda.

AGM SRMUKM sesi 09/10 telah diadakan pada 11 Mac 2010 di Bilik Mesyuarat HEP, Pusanika. Mesyuarat tahunan ini dihadiri oleh MT dan Exco SRMUKM sesi 09/10 serta MT dan Exco baru sesi 10/11. AGM yang turut dihadiri Penasihat SRMUKM sesi 10/11, En Musa Zainal Abidin Othman telah membuka ruang dalam mengeratkan hubungan antara sesama ahli mahupun penasihat. Sidang MT dan Exco SRMUKM sesi 10/11 diperkenalkan kepada semua hadirin setelah pembubaran Sidang MT dan Exco SRMUKM sesi 09/10. Sekalung tahniah diucapkan kepada MT dan Exco baru dan selamat bertugas dalam merealisasikan hala tuju SRMUKM. Kepada mantan SRMUKM, jasamu dikenang sepanjang hayat kami. Doakan kejayaan Sidang MT dan Exco SRMUKM sesi 10/11. YAKIN BOLEH GEMILANG!


*sepanjang AGM berlangsung*

* Sidang MT dan Exco SRMUKM sesi 09/10*

*Sidang MT dan Exco baru SRMUKM sesi 10/11*

*sesi jamuan ringan*

*Mantan SRMUKM*

*jasamu dikenang sepanjang hayat*

Jelajah IPT Sentral 2010

Salam Rakan Muda..Yakin!Boleh!Gemilang!
Pendaftaran Peserta Untuk Program Jelajah IPT Sentral Bermula
Mari Kita Bersama-sama Menjalinkan Hubungan Baik Sesama SRM
Di Universiti-Universiti yang dipilih iaitu UPM,UIA,USIM & UM
Bayaran rm5 dikenakan
Dibuka Untuk 40 org peserta
Untuk Pendaftaran Sila Ke Bilik SRM @ Msg Di Fb..

Kem Cinta Alam Biodiversiti


~Salam rakan muda~



Salam Rakan Muda UKM dan Salam Satu Malaysia..
Pendaftaran Kem Cinta Alam Biodiversiti 2010..

mari join program perkhemahan di Lanchang,Pahang..
Bayaran RM 15 dikenakan!
peserta terhad kpd 40 org sahaja!!
sijil disediakan~

untuk pendaftaran, anda boleh ke bilik SRM ataupun hantar mesej di facebook~
sebarang info terbaru akan diberitahu melalui facebook~

~sekian~

Temuduga Exco Sekretariat Rakan Muda UKM bagi Sesi 2010/2011

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera



Salam Rakan Muda

Dimaklumkan SRMUKM ingin mencari exco baru yang berkaliber untuk meneruskan kecemerlangan SRMUKM bagi sesi seterusnya. Sekiranya anda berminat dan menepati syarat-syarat yang ditetapkan anda boleh hadir ke pejabat SRMUKM pada ketetapan seperti diatas.

Syarat-syarat
  1. Ahli berdaftar SRMUKM.
  2. Pernah menyertai program yang dianjurkan oleh SRMUKM.
  3. Berupaya mengetuai sesuatu program.
  4. Boleh memberi komitmen sepenuhnya dengan SRMUKM.
* Sila bawa 1 keping gambar berukuran pasport.

Bersama-sama kita menaikkan nama UKM dan Sekretariat Rakan Muda.
Yakin Boleh Gemilang!!!