Youth'10 Karnival Terbesar Remaja

Salam Rakan Muda
Karnival Remaja Terbesar Kembali Lagi...YOUTH'10
bertempat di PWTC pada 28-30 Mei 2010..
Terdapat banyak acara yang menjanjikan keseronokkan
kepada remaja-remaja di Malaysia..
Jumpa Anda Di sana

Pencapaian Terbaru SRMUKM

*Seribu impian, sejuta memoir..SARAWAK tetap di hati*

Cabaran Inovasi Rekreasi Rakan Muda IPT sempena Hari Belia 2010.


Salam Rakan Muda..

Alhamdulillah, tatkala kebanyakan pelajar UKM pulang bercuti di rumah, SRM UKM telah meneruskan agenda program dengan menyertai CABARAN INOVASI REKREASI RAKAN MUDA IPT sempena HARI BELIA 2010. Program yang berlansung selama 3 hari iaitu pada 14- 16 Mei 2010 telah menghimpunkan 25 IPT di seluruh negara tanpa mengira kaum, bangsa mahupun agama. Seramai 31 orang peserta dari SRM UKM telah mengorbankan cuti hujung minggu mereka dalam menjayakan Hari Belia 2010.

Hari Belia 2010 yang disambut pada kali ini disambut dengan format yang berbeza berbanding dengan tahun sebelumnya melalui pelbagai aktiviti mengikut citarasa yang direncanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Berkonsepkan tema "Belia Kreatif dan Inovatif Pemacu Ekonomi Negara", golongan belia IPT telah disatukan dalam penjanaan ukhwah yang utuh di samping memahirkan potensi generik yang wujud dalam diri.

*Pelancaran Cabaran Inovasi Rekreasi Rakan Muda IPT*

*Sukarelawan SRM UPM*

*Perarakan sempena HARI BELIA 2010*


SRM UPM selaku rakan kongsi program ini telah menyediakan tempat penginapan serta sukarelawan dalam usaha keberkesanan perjalanan program. Program CABARAN INOVASI REKREASI RAKAN MUDA IPT dipecahkan kepada 3 skop program iaitu "Rhythmic Malaysia", "Self-expression Moment" dan "Eksplorasi Rakan Muda IPT". Pada program Rhythmic Malaysia, para peserta yang telah dipecahkan kepada 20 kumpulan dikehendaki mempersembahkan persembahan kompang yang telah dipelajari di hadapan juri berdasarkan kreativiti kumpulan.

Selain itu, setiap IPT diwajibkan menghantar 2 orang peserta untuk program SELF-EXPRESSION MOMENT. Para peserta diminta melontarkan buah fikiran serta wacana minda berdasarkan isu-isu yang telah diberikan. Cabaran Inovasi Rekreasi Rakan Muda IPT diakhiri dengan program EKSPLORASI RAKAN MUDA IPT di mana para peserta diuji dengan membina replika 1malaysia berkonsepkan 3D. Rata-rata peserta berjaya menghasilkan cetusan idea yang begitu mengagumkan para juri.



*Self-expression moment*

*Rhythmic Malaysia*

*Perhimpunan Hari Belia 2010*

*Replika 1MAlaysia Kumpulan 19*

*Replika 1Malaysia Kumpulan 20*


*Sejuta kenangan, seindah memori*


Kemuncak acara Hari Belia 2010 iaitu Perhimpunan Hari Belia Negara bersama YAB Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia diadakan di PICC, Putrajaya. YAB PM telah menyampaikan amanat-amanat berguna kepada para belia yang akan meneruskan tampuk pemerintahan negara pada masa akan datang. Alhamdulillah, Hari Belia 2010 telah meninggal sejuta kemanisan dalam memori SRM UKM. Sekalung tahniah diucapkan kepada KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN dan SRM UPM atas kejayaan HARI BELIA 2010. Semoga berjumpa lagi pada HARI BELIA akan datang. Sekian.

Hari Belia 2010

Hari Belia Negara Kini Kembali...Bertempat di Putrajaya pada 14-16 Mei...Mari Bersama-sama Kita Meraikannya..Ekspresikan Suara Anda Di sini..Jumpa Anda Di Sana!!!

Program RMWD Felda Sg Tengi

Salam Rakan Muda.

Rakan Muda Wawasan Desa (RMWD) kini datang kembali. Alhamdulillah, pada 7 mei - 9 mei 2010, SRMUKM dan JBS telah berjaya menganjurkan program RMWD di Felda Sg Tengi, Hulu Selangor. Seramai 33 orang peserta mengikuti program ini. Program pertama yang dianjurkan oleh MT dan exco baru telah berjalan selama 3 hari 2 malam. Program RMWD ini diterajui oleh Saudari Nurain Abdul Hamid merangkap Exco RMWD. Pelbagai program yang telah diselitkan antaranya adalah program motivasi bersama pelajar UPSR, gotong-royong, program menanam pokok, memancing bersama penduduk kampung, dan malam kebudayaan.

Pelbagai memori terindah berjaya diciptakan sepanjang berada di Felda Sg Tengi. Layanan keluarga angkat yang sungguh istimewa membuatkan para peserta tidak ingin berpisah antara satu sama lain. Komitmen semua peserta dan penduduk kampung membuatkan program ini lebih bermakna. semoga program RMWD seterusnya mampu menciptakan kenangan yang sungguh menggamit memori seperti kektika berada di Felda Sg Tengi. Pihak SRMUKM merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua peserta dan penduduk kampung Felda Sg Tengi khususnya kepada tenaga kerja belakang tabir yang bertungkus-lumus memastikan program berjalan lancar. Insya Allah, jika ada rezeki, SRMUKM akan kembali singgah di Felda Sg Tengi. Sekian.


*Sesi Penyerahan anak angkat*

* Program motivasi bersama pelajar UPSR*

*Sesi gotong-royong*

*Program menanam pokok*

*Gotong-royong*

*Memancing bersama penduduk kampung*

*Malam kebudayaan-Persembahan Kump 1*

*Persembahan koir dari Kump 2*

*Persembahan lakonan dari AJK program*

*Sesi penyerahan semula anak angkat*

*Kejutan sempena HAri Ibu*

*Semoga berjumpa lagi*

*Tenaga kerja belakang tabir*

Program RMWD Sg Tengi~

Salam Rakan Muda.

Berikut adalah senarai akhir peserta program RMWD Sg Tengi (7- 9 Mei 2010).

1) Nurain Abdul Hamid - A 128774
2) Sakinatul Bahiyah Sukri - A 127610
3) Nurul Izni Abdullah Halid - A 123325
4) Intan Shafiqa Md Yunus - A 121757
5) Nur Ezzatie Surasah - A 125547
6) Azrul Akmar Mat Yunus - A121371
7) Muhammad Khoiri Abdul Aziz - A 127565
8) Nurul Atiqah Mohamad Nor - A 127359
9) Nurul Afidah Ashma Abdullah - A 130447
10) Siti Asmaq Nuzam - A 128314
11) Norafiqah Hasbullah - A 126976
12) Siti Zulaikha Mat Deris - A 126259
13) Nor Syahirah Mohamad Razi - A 123342
14) Rashidah Abdul Rahman - A123619
15) Norlina Mohd Rasid - A 123348
16) Shaza Liyana Hazari - A 123279
17) Norhaslinda Rosli - A 123593
18) Nur Ain Ismail - A 127620
19) Siti Nakiah Shaikh Ahmad - A 128487
20) Ely Norain Jamaludin - A 128331
21) Siti Fadzlina M Kassim
22) Zaharatul Akma Ibrahim - A 127456
23) Mohd Shahrul Hafizi Abdul Raawi - A 120301
24) Noor Diyana Ahmad - A 122641
25) Mohd Azlan Ismail - A 128180
26) Salma Mohammed - A 123315
27) Sadeline Vateria Anak Badar - A 123296
28) Nurul Husna Zulkurnain - A 127097
29) Siti Yuhanis Mohd Yusof - A 125172
30) Roqaiyah Harithuddin - A 124006
31) Noor Hamizah Azman - A 129740
32) Mohamad Amizam Abdul Jabbar - A 120461
33) Nor Farah Zainudin - A 127412
34) Nor Asiah Ahmad - A 129159
35) Nur Diyana Mohd Isa - A 120529
36) Nor Fiza Zainah - A 123527
37) Mohd Firdaus Ayob - A 117950


Sehubungan dengan itu, anda semua diminta berkumpul di FOYER PUSANIKA jam
2.15 petang. Anda dimintakan membawa baju kurung bagi peserta perempuan dan baju melayu bagi peserta lelaki. Selain itu, anda juga digalakkan membawa cenderamata kenangan untuk keluarga angkat. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi ain - 013 6603489.

Selamat Bercuti!

Salam Rakan Muda.

Kini, berlabuhnya tirai sem 2 bagi semua warga UKM. Dengan ini, SRMUKM ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga UKM. Kepada warga UKM yang terlibat dengan sem pendek dan perkampungan program, selamat menjalani sem pendek di UKM. Kepada pelajar tahun akhir, selamat menempuh cabaran setelah tamat pengajian anda di UKM. Semoga kenangan ketika menuntut di UKM sentiasa tersemat di hati. Manfaatkan cuti anda dengan kegiatan yang berfaedah. Jumpa di sem hadapan..sekian~