24/11/2009

Pertandingan Boling Piala Rakan Muda UKM

0 comments
Pada 11 oktober 2009, SRMUKM telah menganjurkan pertandingan Boling Piala Rakan Muda UKM bertempat di Metropoint Kajang. Pertandingan tersebut telah disertai seramai 12 kumpulan. Pertandingan bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 2.30 petang. Walaupun pertandingan bermula agak lewat akibat masalah yang tidak dapat dielakkan, peserta tetap sabar menunggu pertandingan bermula. Tempat pertama telah dimenangi oleh Mohd Ansharullah B Ismail, Nornikman B Ag Kati dan Muhammad Syahrin B Ab Rahaman, mereka membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM 200, pingat dan sijil penyertaan. Tempat kedua pula dimenangi oleh Nurul Sareeza Bt Azidin, Aisamuddin B Mohd Ghazali, dan Amir Shukri B Kamaruzaman, mereka memenangi hadiah wang tunai RM 150, pingat, dan sijil penyertaan manakal tempat ketiga membawa pulang wang tunai bernilai RM 100, pingat dan sijil penyertaan dimenangi oleh Nurul Hakimi B Najmudin, Amri B Dahdi, dan Ahmad Rizuan B Mohamed. Pihak penganjur memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan didalam program ini, sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah s.w.t dan yang buruk itu daripada kami.








Jelajah IPT Utara `09

0 comments


Pada 2-4 Oktober 2009 yang lalu, Sekretariat Rakan Muda UKM telah menganjurkan program Jelajah IPT Utara 09. Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) telah menjadi destinasi pilihan program kali ini. Program Jelajah IPT Utara 09 ini merupakan kesinambungan bagi program Jelajah IPT Selatan 09 yang diadakan pada bulan Mac lalu. Seramai 39 orang peserta telah menyertai program ini. Program yang dianjurkan di bawah exco perhubungan awam dan pengantarabangsaan adalah untuk mengeratkan dan mengukuhlan lagi silaturahim sesama ahli SRM kedua-kedua universiti selain dapat mengetahui selok belok pengurusan Sekretariat rakan muda di sana.


Universiti Utara Malaysia (UUM)




Melawat dan menonton perlawanan futsal tanpa henti yang dianjurkan oleh SRM UUM sempena Pesta Konvokesyen UUM



Timbalan Presiden 2 SRMUKM menyampaikan cendrehati kepada presiden SRMUUM diatas kesudian mereka menerima kunjungan SRMUKM




Bergambar bersama SRM UUM dihadapan Pusat Sukan UUM



Universiti Sains Malaysia (USM)



Bersiar-siar sekitar USM



Sesi Dialog antara SRMUKM dan SRMUUM


Melawat Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah di USM

Sesi Bergambar


28/09/2009

Jelajah IPT Utara SRMUKM 09'

0 comments

Wakil Malaysia ke 6th UNESCO Youth Forum

0 comments

Tahniah diucapkan kepada Saudari Madihah...
Semoga Berjaya diucapkan daripada
Sekretariat Rakan Muda UKM
(^-^)

Yakin, Boleh Gemilang!!

Salam Aidilfitri dari SRMUKM

0 comments

Salam Aidilfitri diucapkan daripada
Sekretariat Rakan Muda UKM
Maaf Zahir dan Batin (^-^)
Yakin, Boleh Gemilang!!

09/09/2009

Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran dan Qiamulail Rakan Muda Ramadhan

0 comments
Salam Rakan Muda dan Salam Satu Malaysia,

Kepada sesiapa yang berminat, mari ikuti Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran dan Qiamulail Rakan Muda Ramadhan pada hari Khamis,10 September yang dirasmikan oleh Y.B. Dato' Razali bin Haji Ibrahim,Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia..Juadah berbuka puasa percuma disediakan.Sila respon kepada srmukm@gmail.com,beri nama dan no.hp anda secepat mungkin.Sila rujuk tentatif program di bawah.
Penganjur : Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor
Time : 3:00 petang, Khamis, 10 September
Lokasi : Surau Al-Falah Taman Cempaka Pandan, Hulu Langat (Bas Disediakan)


Tentatif Program Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran dan Qiamulail Rakan Muda Ramadhan


3 ptg : Berkumpul dan Bertolak
4.19 ptg : Solat Asar Berjemaah
Tazkirah-Penghayatan Nuzul Al-Quran
5.10 ptg : Ketibaan dif-dif jemputan
5.15 ptg : Ketibaan Y.B. Dato' Razali Bin Haji Ibrahim
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia
: Bacaan Doa
: Ucapan aluan dan Perasmian
: Penyampaian Sumbangan
: Bacaan Al-Quran
7.17 ptg : Majlis Berbuka Puasa dan Jamuan Makan
: Solat Maghrib
8.27 mlm : Solat Isyak
: Solat Tarawih dan Witir
: Moreh
: Bersurai

'Berkhidmat Untuk Negara'
'Generasi Bebas Jenayah'

29/08/2009

Majlis Berbuka Puasa SRMUKM 2009

0 comments

SALAM RAKAN MUDA, SALAM RAMADHAN DAN SALAM SATU MALAYSIA...

Dengan sukacitanya dimaklumkan, sempena keberkatan bulan ramadhan..Urusetia SRMUKM menjemput semua ahli SRMUKM untuk turut sama meramaikan majlis berbuka puasa kali ini... Diharapkan dengan kehadiran semua, majlis yang dianjurkan ini akan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t. serta dapat merapatkan lagi silaturrahim di antara kita..

Amin.... :D



“Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka.”

(Riwayat Ibn Majah, sanadnya pada nilaian hasan dan ke atas. Ishaq bin ‘Abd Allah al-Madani dithiqahkan oleh Abu Zur’ah dan disebut saduq oleh al-Zahabi dalam al-Kasyif )

 

Sekretariat Rakan Muda UKM Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template