Ekspedisi Keindahan Batu Karang

Salam Rakan Muda

Kepada Ahli-ahli Yang Berminat Untuk Menyertai Ekspedisi Keindahan Batu Karang
di Pulau Sibu, Mersing Pada 15-17 Oktober 2010
Anda Boleh Menghubungi
Norazrin - 0194498083
UKMKL - Hamdi - 0133108156
Bayaran Deposit = RM50
Peserta Yang Membayar Deposit Diberi Keutamaan Untuk Penyertai Program Ini..
Antara Aktiviti Yang Dijalankan
Abseiling
Snorkelling
Permainan Pantai
Jungle Trekking
& Macam2 Lagi..

Salam Kemerdekaan

Salam Dimensi Baru..

Kami Mewakili Sekretariat Rakan Muda UKM Mengucapkan
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-53
Jadilah Generasi Yang Hebat & Berwawasan..
Cintailah Negara Kita Malaysia..
Kibarkan Jalur Gemilang
1Malaysia Menjana Transformasi!!

RMWD Kg Rinching Hulu

Salam Dimensi Baru..
Keratan Akhbar Sinar Harian

Tahniah Kepada Semua Yang Terlibat Semasa Program ini Berlansung

Laporan Program Titian Sinar Harapan Anak Yatim


Salam Rakan Muda..

Alhamdulillah, pada 21-22 ogos 2010 lepas, Program Titian Sinar Harapan Anak Yatim telah berjaya dilaksanakan dengan lancar. Seramai 32 orang peserta telah memberikan sumbangan tenaga dan usaha dalam menjayakan program ini. Kehadiran peserta dr SRMUKM sememangnya dinanti-nantikan oleh adik-adik di Pusat Jagaan Lambaian Kasih. Pelbagai program telah dijalankan bersama anak-anak yatim antaranya adalah majlis berbuka puasa, solat tarawikh berjemaah, sahur bersama-sama dan majlis tahlil. Paling menyeronokkan apabila kami bersama-sama mereka ke bazaar ramadhan berdekatan untuk membeli juadah berbuka puasa selain membuat aktiiti & permainan dengan mereka.. Disitu terpancar kegembiraan mereka sebagai anak-anak kecil yang memerlukan perhatian keluarga..Kami juga memasak juadah puasa mereka menggunakan derma-derma yang diberikan oleh orang ramai..Pihak SRMUKM merakamkan jutaan terima kasih atas sumbangan yang dihulurkan sama ada dalam bentuk wang, barangan mahupun tenaga dalam memastikan kelancaran program ini. Insya Allah, perkara yang baik akan dibalas dengan sesuatu yang cukup bermakna. Sekian.








YAKIN BOLEH GEMILANG!

Laporan Majlis Berbuka Puasa SRMUKM

Salam SRMUKM!

Pada 18 Ogos 2010, Majlis Berbuka Puasa SRMUKM telah diadakan dengan meriahnya di hadapan Bilik SRMUKM. Hampir 100 orang ahli-ahli SRMUKM telah menghadiri majlis ini.
Sementara menunggu makanan tiba, para hadirin disajikan dengan tayangan filem Syukur 21. Selepas para hadirin selesai mengambil makanan, taklimat ringkas diberikan oleh Presiden SRMUKM, Saudara Khairul Anwar dan kemudian diikuti dengan bacaan doa berbuka puasa yang dilakukan oleh Saudara Khairul Razmi yang juga merupakan Exco Wirausaha SRMUKM. Majlis bersurai kira-kira pukul 8 malam untuk memberi ruang kepada hadirin mengerjakan solat fardu dan solat tarawih.Terima kasih diucapkan kepada para hadirin yang sudi hadir dan memeriahkan majlis ini. Mudah-mudahan ukhuwah di antara kita akan terus terjalin mesra. InsyaAllah..




YAKIN BOLEH GEMILANG!!

Pertandingan Mencipta Montaj Multimedia

Salam 1Belia!

------>Pertandingan Mencipta Montaj Multimedia Berunsurkan Islam & Motivasi
--------->Anjuran Majlis Belia Malaysia
------->Hadiah Pertama: RM 2000
Hadiah Ke2: RM 1500
Hadiah Ke3:RM 1000
5 Hadiah saguhati : RM100
------>Rakan Siber SRMUKM Adila(0176233774)
-------> Tarikh Tutup : 9 September 2010

YAKIN BOLEH GEMILANG!!

Laporan Majlis Pelancaran Program Rakan Muda Ramadhan

Salam 1Belia dan Salam Rakan Muda

Pada 13 Ogos 2010 bersamaan dengan 3 Ramadhan 1431H, Kementerian Belia dan Sukan telah menganjurkan Majlis Pelancaran Program Rakan Muda Ramadhan Peringkat Kebangsaan 2010/2011 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Seramai 37 orang ahli-ahli SRMUKM telah menghadirkan diri pada majlis tersebut. Kami bertolak dari UKM pada pukul 3.30 petang dan tiba ke destinasi pada kira-kira pukul 4 petang. Majlis dimulakan dengan sesi Forum/Motivasi sementara menunggu ketibaan para VIP. Perasmian dilakukan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Dato Ahmad Razali bin Hj Ibrahim. Majlis diteruskan dengan pertunjukan multimedia, pelancaran Pertandingan Mencipta Montaj Multimedia berunsurkan Islam, penyampaian sumbangan penghuni rumah anak yatim, majlis berbuka puasa, solat fardu berjemaah dan solat tarawih berjemaah serta diakhiri dengan moreh. Kami bertolak pulang ke UKM pada pukul 10.30 malam.




Semoga penglibatan kami dalam majlis ini mendapat keberkatan dariNya, insyaAllah.

YAKIN BOLEH GEMILANG!!

Majlis Berbuka Puasa SRMUKM


Salam Rakan Muda dan Salam Ramadhan

Majlis Berbuka Puasa SRMUKM akan diadakan pada 18 Ogos 2010 (Rabu)
di hadapan Bilik SRMUKM.
Bayaran hanya RM4 seorang.
Menu--> Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Acar Timun, Dalca dan Air Tembikai.
Pendaftaran dan pertanyaan boleh ke bilik SRMUKM atau
menghubungi Hasif (0136942180).
Ahli-ahli digalakkan untuk menyertai majlis ini supaya dapat memantapkan lagi ukhuwah di antara kita.

YAKIN BOLEH GEMILANG!!

Program Titian Sinar Harapan Anak Yatim



Salam Dimensi Baru!
Sempena Bulan Ramadhan , Program TITIAN SINAR HARAPAN ANAK YATIM akan diadakan pada 21-22 Ogos 2010 bertempat di Pusat Jagaan Lambaian Kasih, Sg Penchala, Damansara.
Kepada ahli-ahli yang ingin menderma anda boleh menghantarnya ke bilik SRMUKM sebelum 19 Ogos 2010.
Program Anjuran Exco Kemasyarakatan Ini Memerlukan 40 Orang
Peserta Untuk Berkhidmat sepanjang Program Ini
Barangan seperti Buku, Pakaian, Kasut, Wang Tunai, dan Barangan Lain Yang DIlihat Sesuai boleh didermakan.
Semoga anda semua mendapat keberkatan melalui program ini. InsyaAllah..
Sebarang pertanyaan & pendaftaran Boleh Berhubung dengan
Nur Dalilah - 0139078983

Yakin!Boleh!Gemilang!

Salam Ramadhan Al-Mubarak


Salam Rakan Muda dan Salam 1Belia!

Seluruh warga SRMUKM ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa kepada semua umat Islam. Semoga ibadah puasa yang dijalani akan diberkati dan diterima oleh Allah SWT.

Nabi SAW bersabda: “Siapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan reda Allah, akan diampuni dosanya yang terdahulu dan kemudian”

YAKIN BOLEH GEMILANG!!

Laporan XPDC Irau Brinchang


Salam Rakan Muda!

Pada 6-8 Ogos 2010 lalu XPDC Irau Brinchang telah berjaya dijalankan. Seramai 37 orang peserta yang terdiri daripada 15 orang perempuan dan 22 lelaki telah mengambil bahagian dalam program ini.
Perjalanan bermula dari Bangi pada hari Jumaat jam 3.30 pagi dan alhamdulilah tiba ke destinasi pada pukul 9.00 pagi. Setibanya di sana para peserta dibahagikan kepada 8 kumpulan dan dibekalkan dengan bahan-bahan masakan untuk dimasak sepanjang pendakian tersebut. Pendakian bermula jam 10.00 pagi mengikut kumpulan masing-masing dan tiba di puncak Gunung Brinchang pada jam 4.00 petang.
Pendakian diteruskan pada keesokan harinya dengan mendaki Gunung Irau pada jam 9.00 pagi dan alhamdulilah tiba di puncak pada pukul 12 tengah hari. Perjalanan menuruni Gunung Irau dimulakan pada pukul 1 petang dan tiba di puncak Brinchang semula pada pukul 5 petang. Kami berehat dan bermalam di puncak Brinchang.
Aktiviti seperti Unggun Api, Games, Bagi Barang dan Lakonkan diadakan sebelum kami tidur pada kira-kira jam12 malam.
Pada jam 9.30 pagi Ahad kami meneruskan perjalanan menuruni gunung melalui ladang teh sehingga ke Sungai Palas. Secara keseluruhannya, XPDC Irau Brinchang telah berjaya dijalankan dengan lancar. Para peserta memberikan kerjasama yang amat memuaskan dan mereka kelihatan berpuas hati dan seronok menjalani program ini. Semoga ilmu yang dipelajari sepanjang program diberkati dan ikatan yang terbina akan terus terjalin mesra. :)




Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada urusetia program dan para peserta!

YAKIN BOLEH GEMILANG!!

Majlis Pelancaran Program Rakan Muda Ramadhan Peringkat Kebangsaan

Salam Dimensi Baru..

Bulan Ramadhan menjelma kembali!kini, Kementerian Belia dan Sukan akan menganjurkan Majlis Pelancaran Program Rakan Muda Ramadhan Peringkat Kebangsaan..
Tarikh: 13 Ogos 2010
lokasi: Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya
pakaian: baju melayu dan baju kurung

Seramai 40 orang peserta diperlukan!mari memeriahkan majlis berbuka puasa di samping mengeratkan silaturrahim sesama muslimin dan muslimat..ayuh!

sebarang pertanyaan, sila hubungi zaty (012 9116214)sekian~

Yakin!Boleh!Gemilang!

Kursus Kepimpinan Crime Awareness

Salam Rakan Muda...
KURSUS KEPIMPINAN CRIME AWARNESS
bakal menemui anda sekalian!!
tarikh: 6-8 ogos 2010
lokasi: PUCHONG
penyertaan: seramai 8 peserta lelaki dan 8 peserta perempuan yang berbilang kaum diperlukan..
TIADA YURAN dikenakan..untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi
Zaty Kecik (012-9116214)..
Yakin Boleh Gemilang!

Laporan RMWD Kg Rinching

Salam Rakan Muda!

Pada 30 Julai hingga 1 Ogos 2010 RMWD telah diadakan di Kg Rinching Hulu. Seramai36 orang warga UKM dan 18 buah keluarga telah menyertai program ini. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti Menangkap Ayam dalam Padang Futsal, Cari Kasut Sendiri, Belon Air, Rewang, Gotong-Royong dan banyak lagi. Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar dan peserta-peserta kelihatan seronok dan berpuas hati. Semoga ikatan yang terbina antara para peserta dan keluarga angkat akan terus terjalin mesra.



YAKIN BOLEH GEMILANG!!

Laporan Lawatan Muhibbah SRMUUM

Salam Rakan Muda dan Salam 1Belia!

Pada 30 Julai 2010, rombongan dari SRMUUM telah selamat tiba di UKM kira-kira pukul6.00petang. Rombongan SRMUUM yang terdiri dari 37 orang itu terus dibawa ke Kolej Keris Mas untuk persiapan diri dan berehat sebelum sesi perbincangan antara kedua-dua SRM diadakan pada malam tersebut.
Pada pukul 9.00 malam pula berlangsungnya sesi perbincangan antara SRMUUM dan SRMUKM di Bilik Gerakan HEP, Pusanika. Perbincangan dimulakan dengan sesi suaikenal antara kedua-dua pihak. Acara diikuti dengan sesi soal jawab dan bertukar-tukar pendapat.



Terima kasih diucapkan kerana sudi membuat lawatan ke mari. Semoga ukhuwah kita kekal dan Selamat bekerjasama!

YAKIN BOLEH GEMILANG!!!

EXPEMA IPT 1MALAYSIA 2010

Salam Rakan Muda
Ekspedisi Pendakian Mahasiswa (EXPEMA) IPT 1Malaysia
anjuran UPSM UKM akan diadakan pada 4-8 Ogos 2010
bertempat di Gunung Stong, Dabong, Kelantan.
Bayaran->RM100
Sebarang pertanyaan hubungi-> Siti Zafirah(013 3134655) atau Fairuz Adha(017 5133027)