Laporan Program Titian Sinar Harapan Anak Yatim


Salam Rakan Muda..

Alhamdulillah, pada 21-22 ogos 2010 lepas, Program Titian Sinar Harapan Anak Yatim telah berjaya dilaksanakan dengan lancar. Seramai 32 orang peserta telah memberikan sumbangan tenaga dan usaha dalam menjayakan program ini. Kehadiran peserta dr SRMUKM sememangnya dinanti-nantikan oleh adik-adik di Pusat Jagaan Lambaian Kasih. Pelbagai program telah dijalankan bersama anak-anak yatim antaranya adalah majlis berbuka puasa, solat tarawikh berjemaah, sahur bersama-sama dan majlis tahlil. Paling menyeronokkan apabila kami bersama-sama mereka ke bazaar ramadhan berdekatan untuk membeli juadah berbuka puasa selain membuat aktiiti & permainan dengan mereka.. Disitu terpancar kegembiraan mereka sebagai anak-anak kecil yang memerlukan perhatian keluarga..Kami juga memasak juadah puasa mereka menggunakan derma-derma yang diberikan oleh orang ramai..Pihak SRMUKM merakamkan jutaan terima kasih atas sumbangan yang dihulurkan sama ada dalam bentuk wang, barangan mahupun tenaga dalam memastikan kelancaran program ini. Insya Allah, perkara yang baik akan dibalas dengan sesuatu yang cukup bermakna. Sekian.








YAKIN BOLEH GEMILANG!

No comments:

Post a Comment

cadangan dan komen anda amat dihargai