Carian Google



Salam Dimensi Baru
Kami Mengucapkan Jutaan Terima Kasih Kepada Semua Yang Mengunjungi Blog Kami Yang Sudah Mencapai Pengunjung Seramai 10000...Blog Kami Juga Menjadi Antara Blog Carian Google Yang Dilawati Oleh Para Pengunjung..Kami Mengalu-alukan Sebarang Idea & Kritikan Membina Bagi Menaik Taraf Blog Yang Ada Ataupon Meningkatkan Lagi Revelen Blog Kami Untuk Tatapan Semua..Sebarang Idea & Komen Boleh Dihantar Ke emel Kami srmukm@gmail.com Ataupun Melayari Facebook Kami..SRMUKM
Kami Menjemput Juga Para Bloggers Mengikuti Blog Kami Ataupun Mencadangkan Blog Kami Kepada Rakan-rakan Anda..Segala Usaha & Kerjasama Anda Kami Dahulukan Dengan Ucapan Terima Kasih..
Salam Ukhwah Dari Exco Rakan Siber Nurul Adila

Sukarelawan Unicef Kemboja

Salam Rakan Muda
Kementerian Belia & Sukan, Yayasan Salam & Rakan Muda Akan Mengadakan Program Sukarelawan Unicef Kemboja..Syarat-syarat Kelayakan Sukarelawan Adalah
1. Sukarelawan Mempunyai Kemahiran Dalam Bidang
Tertentu Seperti Komunikasi, Kemahiran, Perubatan, Teknikal & Bidang Pendidikan
2. Sukarelawan Pernah Menjalankan Aktiviti Khidmat Masyarakat Sekurang-kurangnya Peringkat Negeri/Kebangsaan
3. Sukarelawan Berdaftar Dengan KBS
4. Menjalani Latihan Pre Deperture Training Dengan Jayanya Selama 2 Hari
5. Kelayakan Peserta Dikira Sekurang-kurangnya Mendapakan 1 Ekor Lembu (7bahagian)
Yang Bersamaan Dengan RM1540.00
6. Mempunyai Passport Antarabangsa
7. Tiada Rekod Jenayah
8. Berumur 20 -25 Tahun
Tarikh tutup permohonan pada 5 Nov 2010
Tarikh Program Pada 13-21 Nov 2010
Cara Memohon
Menghantar Resume Lengkap Beserta Passport ke Alamat
Bahagian Pembangunan Rakan Muda
Jabatan Belia & Sukan Negara
Aras 2, Menara KBS,
No 27, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 0388713315/0172000429
Sebarang Pertanyaan Boleh Menghubungi Exco Sukarelawan Sri Hani(0176232094)

Promo Aktiviti Sem II 2010/2011

Salam Dimensi Baru

Kami Barisan Ahli Jawatankuasa Sekretariat Rakan Muda UKM Mengalu-alukan Kepada Ahli-ahli Untuk Menyertai Program-program Kami Pada Sem II Sesi 2010/2011..Pelbagai Program Dirangka Khusus Untuk Ahli-ahli SRMUKM & Mereka Yang Berminat Boleh Mendaftar Sebagai Ahli..Saksikan Promo Video Aktiviti Kami Untuk Sem Depan..Kami Mengharapkan Sokongan & Kerjasama Semua..

Yakin!Boleh!Gemilang!

video

Semoga Berjaya

Kami Barisan MT & Exco Sekretariat Rakan Muda UKM Mengucapkan Semoga Berjaya & Selamat Menduduki Peperiksaan Kepada Semua Ahli SRMUKM
Semoga Kita Semua Mendapat Menjawab Peperiksaan Dengan Tenang & Kami Sentiasa Mendoakan Kejayaan Semua..
Usaha Doa Tawakkal Tangga Kejayaan
Yakin!Boleh!Gemilang!

Tahniah

Sekalung Penghargaan Kepada Ketua-ketua Pengarah Program Sem I Sesi 2010/2011
Nurain - RMWD Sg Tengi ( 7-9 Mei 2010) &
RMWD Kg Rinching Hulu (30 Julai - 1 Ogos 2010)
Nurul Izni - Kursus Induksi Gaya Hidup Rakan Muda (16 - 18 Julai 2010)
Amin Al-Amin - XPDC Irau Brinchang ( 6-8 Ogos 2010)
Siti Zahrah - Titian Sinar Harapan Anak Yatim (21-22 Ogos 2010)
Sri Hani - Tree Planting (3 Okt 2010)
Muhammad Khoiri - Jelajah IPT Zon Timur (8-10 Okt 2010)
Intan Shafiqa - Ekspedisi Keindahan Batu Karang ( 15-17 Okt 2010)
Segala Usaha & Kerjasama Anda Amat Dihargai..
Tahniah Kepada Semua!!

Laporan Ekspedisi Keindahan Batu Karang

Salam Rakan Muda

Sekalung Tahniah & Terima Kasih Kepada Semua Yang Terlibat Dalam Program Ekspedisi Keindahan Batu Karang Pulau Sibu Di Bawah Tim Exco Rakan Cinta Alam, Saudari Intan Shafiqa Mad Yunus Pada 15-17 Oktober 2010...Program Selama 3 Hari ini Bermula Pada 15 Oktober 2010 Apabila Kami Bertolak Dari UKM Pada Pukul 1.00 Pagi..Seramai 50 Orang Ahli-ahli SRMUKM Yang Terlibat Dalam Menjayakan Program Yang Berbentuk Kecintaan Alam Sekitar Ini...Kami Tiba Di Jeti Tanjung Leman Pada 15 Oktober 2010 jam 8.00 Pagi..Setibanya Di Jeti Kami Menaiki Bot Ke Pulau Sibu Yang Mengambil Masa 40 min Dari jeti...Setibanya Di Pulau Sibu, Kami Ke Tempat Penginapan Kami Di Kambau Beach Resort...Di Sana Kami Mengadakan Pelbagai Program Yang Menarik Seperti Permainan Pantai, Aktiviti Unggun Api, Kayak Pantai, Snorkelling, Rock Abseiling, BBQ, Water Confident & Aktiviti Simulasi..Program Ini Dilaksanakan Secara Santai Khusus Diberikan Kepada Ahli-ahli Yang Akan Menduduki Peperiksaan Tidak Lama Lagi..Kami Mengucapkan Jutaan Terima Kasih Kepada Semua Peserta Yang Sporting & Memberi Kerjasama Sepenuhnya Sepanjang Program Ini Berlansung...Tidak Lupa Juga Kepada Pihak Pengurusan Resort & Jurulatih Kami Di Sana Iaitu Abg Yan, Abg Mat & Abg Zakuan Yang Menceriakan Program Sepanjang Kami Di Sana..Kepada Ahli-ahli Lain..Nantikan Program-program Kami Yang Seterusnya Yang Semestinya Menarik & Mencabar Fizikal & Mental Anda Semua...

Yakin!Boleh!Gemilang!
Perjalanan Ke Pulau Sibu
Berjalan Di Sekitar Pantai
Aktiviti Unggun Api
Aktiviti Berkumpulan Pantai Antara Coral Yang Dijumpai
Snorkelling
Rock Abseiling
Malam BBQ
Coconut Fever
Terima Kasih Kepada Semua Peserta


Ucapan Ketua Pengarah Program Ekspedisi Keindahan Batu Karang

video

Laporan Jelajah IPT Zon Timur

Salam Dimensi Baru..
Alhamdulillah Pada 8-10 Oktober 2010...SRMUKM Telah Berjaya Menjalankan Program Jelajah IPT Zon Timur Di Bawah Rakan WajaDiri Saudara Muhammad Khoiri..Setelah Kami Ke Menjelajah Ke Utara, Selatan, Sabah, Serawak & Sentral..Tiba Masanya Kami Ke Timur Pula..Antara Objektif Program Ini Ialah Menjalinkan Persahabatan Dengan SRMIPT di Zon Timur Selain Berkongsi Idea & Kaedah Pengurusan DI IPT Masing-masing..
IPT Di Zon Timur, IPT Yang Kami Kenal Pasti Terbaik bagi Kami Menziarah Adalah Di SRMUMT & SRMUnisza..Di SRMUMT Kami Diberikan Layanan Yang Cukup Baik Dengan Kemesraan & Program-program Yang Mereka Anjurkan Untuk Kami..Antara Program Tersebut Adalah Sukaneka Pantai Serta Majlis Hari Raya Bersama SRMUKM,SRMUMT & SRMUnisza..Tidak Dilupakan SRMUnisza Yang Memberikan Kerjasama Yang Sangat Baik Sepanjang Kami Berkampung Di Terengganu..Selepas Kami Bersama-sama SRMUMT & SRMUnisza Selama 2 Hari Di Sana..Kami Sempat Bersiar-siar Ke Sekitar Terengganu Seperti Ke Pasar Payang, Masjid Kristal, Masjid Terapung, Kawasan Keropok Lekor & Majlis Makan Di Rumah Salah Seorang Exco Kami Saudari Diyana Nadhirah..Di Kesempatan Ini Kami Mengucapkan Ribuan Terima Kasih Kepada Peserta JIPTT Yang Banyak Memberi Kerjasama & Sokongan Yang Hebat Kepada Program SRMUKM..Tidak Dilupakan Juga Kepada Majlis-majlis Tertinggi SRMUMT & SRMUnisza Di Atas Sambutan Yang Cukup Menarik Sepanjang Kami Disana..Moga Jalinan Kemesraan Kita Sesama IPT Berpanjangan..
Yakin!Boleh!Gemilang!

Bersama SRMUnisZa
Program Pantai Bersama SRMUMT

Sekitar Kuala Terengganu
Mencuba Keropok Lekor
Majlis Kenduri Di Rumah Salah Seorang Exco SRMUKM
Antara Ahli-ahli SRMUKM Yang Terlibat Dalam Menjayakan Program Ini


Ucapan Ketua Pengarah Program Jelajah IPT Zon Timur

video


Malaysian Motorcyle Grand Prix 2010

Salam Dimensi Baru
Pihak SRMUKM Bersama-sama Kementerian Belia & Sukan Berbesar Hati Ingin
Memberikan 50 Tiket Percuma Kepada Ahli-ahli SRMUKM Yang Berminat
Untuk Menyaksikan Malaysian Motorcycle Grand Prix 2010
Pada 8-10 oktober 2010 Bertempat
Di Sepang International Circuit..
Category tiket : F Grandstand
Valid for 20 Days
Keutamaan Tiket Pecuma Ini
- Ahli-ahli SRMUKM
- Perlu Menunjukkan Kad Keahlian Rakan Muda
- Pernah Menyertai Program Di Bawah SRMUKM
- Terhad Untuk 50 Orang
- Tiket Perlu Dituntut Di Bilik SRMUKM
- Seorang Hanya Boleh Menerima Max 2 Tiket Sahaja
Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi Amin - 0139899716
Yakin!Boleh!Gemilang!

Laporan Tree Planting

Salam Dimensi Baru..
Pada 3 Oktober 2010(Ahad), Program Tree Planting Di Bawah Kelolaan Rakan Sukarelawan
Sri Hani Telah Berjaya Dilaksanakan Bertempat Di Sungai Damansara, Shah Alam..Seramai 37 Orang Ahli SRMUKM Telah Menabur Bakti & Mengerah Keringat Untuk Program Ini..Mereka Sudi Menjadi Sukarelawan Untuk Program Yang Melastarikan Alam Sekitar Yang Juga Bekerjasama Dengan Pelajar-pelajar Uitm, Pelajar Taylor College, MBSA serta Badan-badan NGO yang Lain..Mereka Dibahagikan Kepada Dua Kumpulan Dan Setiap Orang Akan Menanam Sekurang-kurangnya 20 pokok Di Kawasan Yang Telah Ditetapkan...Setiap Pokok Yang Ditanam Akan Ditagging Mengikut Kreativiti Masing2...Disini Dapat Dilihat Kerjasama Mereka Dalam Menjayakan Program Ini..Ada Yang Mencangkul..Ada Yang Menabur Tanah & Tidak Lupa Juga Pada Mereka Yang Sudi Membawa Baja2 Ke Kawasan Yang Telah Disediakan..Terima Kasih Kepada Semua Yang Terlibat Secara Lansung Mahupun Tidak Lansung Semasa Program Ini Berlansung...Diharap Program Ini Akan Berterusan & Ahli-ahli SRMUKM Boleh Mendapatkan Info-info Aktiviti Akan Datang Samada Di FB ataupun Ruang Blog Kami...
Yakin!Boleh!Gemilang!
Kerjasama Yang Ditunjukkan Kepada Semua
Pelajar Sekolah Rendah Juga Membantu Dalam Progam Ini
Kawasan Yang Telah Ditagging Untuk Tree Planting
Ucapan Ketua Pengarah Program Tree Planting

video

Laporan Jamuan Hari Raya

Salam Rakan Muda
Pada 2 Oktober 2010 Bertempat Di Akademi Kenegaraan, Jalan Bellamy,
Seramai 35 orang ahli-ahli Sekretariat Rakan Muda UKM dijemput untuk memeriahkan
Jamuan Hari Raya Anjuran Biro Tatanegara..Jemputan Ini Disebabkan Pelbagai Kerjasama Yang diberikan Oleh Pihak BTN Kepada Kami Sepanjang Kami Menjalankan Program Di UKM..
Pelbagai Juadah Hari Raya Yang Disediakan Seperti Kambing Panggang, Ayam Madu, Sate , Tidak Dilupakan Juadah Hari Raya Dan Lain-lain Lagi..Semua Yang Memeriahkan Jamuan Ini Lengkap Berpakaian Baju Kebangsaan dan Menimbulkan Mode Raya Di Jamuan Tersebut..
Kami Mengucapkan Ribuan Terima Kasih Kepada Pihak BTN kerana Sudi Menjemput Kami Dan Ahli-ahli Yang Memeriahkan Jamuan Ini..
Yakin!Boleh!Gemilang!
Sebelum Bertolak
Pelbagai Makanan disediakan
Persembahan Live Band
Bersama Anak-anak Yatim
Di Hadapan Akademi Kenegaraan
Terima Kasih Semua Yang Terlibat