Tahniah

Sekalung Penghargaan Kepada Ketua Pengarah Program Sem II Sesi 2010/2011

Arif Murti - Jelajah IPT Swasta (15-16 Jan 2011)

Mohd Syamil - Rehlah Alam Hijau Kunang-kunang (26 Februari 2011)

Mohd Khairul Razmi - Malam Amal & Apresiasi Rakan Muda (26 Mac 2011)

Kosmo 30 Mac 2011

Tahniah Kepada Semua Barisan

AJK Program Malam Amal & Apresiasi Rakan Muda


Malam Penghargaan Sukarelawan Rakan Muda

Salam Rakan Muda


Pada 28 Mac 2011, Sekretariat Rakan Muda UKM Di jemput Untuk Meraikan Para Sukarelawan Rakan Muda Bertempat Di Kompleks Sukan Air, Presint 6, Putrajaya..Seramai 350 Sukarelawan-sekarelawan yang Diraikan Pada Malam Tersebut..Antara Kumpulan-kumpulan Sukarelawan Yang Diraikan Adalah Sukarelawan Rakan Muda - GMUN, Banjir Kedah, Perlis & Johor, Program Sukarelawan Rakan Muda Luar Negara (Ops Piramid), Sukarelawan Barisan Nasional, Sukarelawan Hari Belia Negara, Sukarelawan Kelab Rakan Muda & Pegawai-pegawai Kementerian Belia & Sukan..Pada Malam Itu Ikon Sukarelawan Negara Dilantik iaitu Nubhan, Daus, Nabil & Ramai Lagi..Diharap Program-program Berbentuk Sukarelawan Ini Diperbanyakkan & Mampu Melahirkan Belia Yang Maju Pada Masa Hadapan..

Yakin!Boleh!Gemilang!



Pemenang Anugerah Remaja Perdana

Bersama TKP Pembangunan Rakan Muda

Ikon Sukarelawan Yang Dilantik

Laporan Malam Amal & Apresiasi Rakan Muda

Kad Jemputan
Antara Yang Memeriahkan Malam Kami

Perasmian Bermula


Persembahan Dari 1st Edition

Persembahan Dari Kelab Teater Rakan Muda, Putrajaya
Majlis Tertinggi & Exco Sesi 2010/2011

Salam Dimensi Baru

Syukur Alhamdulillah, Kami Sekretariat Rakan Muda UKM Berjaya Menganjurkan Malam Amal & Apresiasi Rakan Muda 2011 Bertempat Di Dewan Podium A, Menara KBS, Putrajaya Pada 26 Mac 2011..Program Ini bertujuan Menghargai Jasa Ahli-ahli, Ajk-ajk, Pegawai-pegawai, & Semua Yang Membantu Kami Sepanjang Kami Mengadakan program-program sesi 2010/2011..Selain itu, Kami Mengadakan Sumbangan Kepada Rumah Anak Yatim Darul Fuqaha Dan Majlis Ini Dirasmikan Oleh Y.Bhg. Puan Wasitah Haji Mohd Yusuf, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia & Sukan Malaysia..Program Ini Juga Menjadi Permulaan Kepada Exco-exco Baru Untuk Menimba Pengalaman & Menjalinkan Silaturrahim Antara Mereka..Pada Malam Itu, kami Dipersembahkan Dengan Persembahan Artis Dari 1st Edition, MT SRMUKM & Kelab Teater Rakan Muda, Putrajaya...Kami Harapkan Program Ini menjadi Titik Permulaan Kami Mengadakan Program Sebegini Lagi Pada Masa Hadapan..Yakin!Boleh!Gemilang!

Mesyuarat & Bengkel Pengurusan IPT 2011

Salam Dimensi Baru

Pada 10 Mac 2011(Khamis), Sekretariat Rakan Muda Universiti Kebangsaan Malaysia Telah Dijemput Oleh Kementerian Belia & Sukan Ke Mesyuarat & Bengkel Pengurusan IPT 2011 Bertempat Di Dewan Serbaguna, Menara KBS, Putrajaya..UKM Merupakan Salah Satu Daripada 44 IPT Yang Menyertai Bengkel Yang Bermula Dari Jam 9.00a.m - 5.00p.m Ini..SRMUKM Telah Menghantar 6 Orang Wakil Dari UKM Iaitu Seorang MPP Iaitu Exco Akademik, 5 Orang Wakil Sekretariat Presiden, Naib Presiden I, Naib Setiausaha, Exco Waja Diri & Exco Sukarelawan & Penasihat Puan Nurul Safaniza..Mesyuarat Ini Membincangkan Mengenai Peranan Sekretariat Serta Penglibatan & Sokongan Majlis Perwakilan Pelajar Dalam Menyokong Program-program Yang Dianjurkan Oleh Rakan Muda..Kami Amat Bertuah Menerima Kehadiran Tim. Belia & Sukan, Y.Bhg. Dato' Razali Hj Ibrahim Dalam Mesyuarat Kali Ini..Setiap IPT Menerima Wartikah Perlantikan Sekretariat Rakan Muda IPT & UKM Menerima Sijil Khas Dari KBS Mengenai Pertolongan Mangsa Banjir Di Johor Bahru Baru-baru Ini..Pada Sebelah Petangnya Kami Diberi Taklimat Mengenai Program Hari Belia Negara Iaitu Cabaran Inovasi IPT & Program Ini Akan Mengumpulkan Seramai 1 Juta Belia Semasa Acara Itu Berlansung..Pada Bengkel Ini Juga, Kami Berpeluang Menemui Rakan-rakan Dari IPT Lain Yang Pernah Kami Menjelajah & Menerima Kunjungan Daripada Mereka..Semoga Bengkel Sebegini Memberi Manfaat & Pengetahuan Kepada Semua Belia Mengenai Peranan Rakan Muda Itu Sendiri & MPP Di Setiap IPT..Yakin!Boleh!Gemilang!


Menerima Wartikah Perlantikan SRM IPT

Sesi Mesyuarat


Sesi Pembentangan

Bersama Tim Menteri Belia & Sukan


Wakil Dari SRMUKM

Temuduga Exco Sesi 2011/2012

Salam Rakan Muda


Kami Mencari Pelapis-pelapis Baru Yang Bakal Menerajui Sekretariat Rakan Muda UKM Untuk Sesi 2011/2012..Generasi Baru Ini Diharapkan Dapat Menyambung Delegasi SRMUKM Yang Memberi Banyak Faedah & Kelebihan Kepada Golongan Belia Itu Sendiri..Sekiranya Anda Seorang Yang Berkaliber Untuk Meneruskan Kecermerlangan Sekretariat Untuk Sesi Yang Baru Ini Anda Boleh Menghadiri Sesi Temuduga..
Butir-butir:
Tarikh : 13 Mac 2011/Ahad (2.00p.m - 6.00p.m)
14-16 Mac 2011/Isnin-Rabu (10.00a.m - 6.00p.m)
* Sila Bawa Sekeping Gambar Pasport

Syarat-syarat Utama:
1. Ahli Berdaftar SRMUKM
2. Boleh Memberi Komitmen Dalam Rakan Muda
3. Boleh Menggendalikan Program
4. Pernah Menyertai Program Di Bawah Rakan Muda

Bersama-sama Kita Meneruskan Kecemerlangan Sekretariat Rakan Muda UKM & Jadilah Sebahagian Daripada Kami..Yakin!Boleh!Gemilang!

Adakah Anda Wajah Baru Yang Kami Cari?

Event@Lorong Seni - Alam & Manusia

Salam Rakan Muda


Bahagian Pembangunan Rakan Muda Melalui Unit Anugerah Remaja Perdana, Sekretariat Dataran Remaja Dengan Kerjasama Kaki Teater Muda Putrajaya Membawakan Anda Lorong Seni..Tema Pada Kali Ini 'Alam & Manusia' (tema warna BIRU LAUT) dan persembahan yang dipersembahkan Semuanya Didedikasikan Kepada Alam Sekitar, Bumi Tercinta & Manusia...
Tarikh : 19 Mac 2011(Sabtu)
Tempat : Menara KBS, Presint 4, Putrajaya


Pelbagai Aktiviti Yang Menarik Bakal Disaksikan Sepanjang Program Di Lorong Seni Ini..Terdapat Pameran & Jualan Seni, Kelas Tulisan, Kelas Tarian, Slot Puisi & Lagu-lagu Akustik Serta Macam-macam Lagi..Untuk Maklumat Selanjutnya Anda Boleh Klik Disini..Bersama-sama Kita Memeriahkan Aktiviti Ini!!

Malam Amal & Apresiasi Rakan Muda

Salam Penghormatan Terakhir
Kami Memberi Peluang Kepada Alumni, Pegawai-pegawai, Sahabat-sahabat Rakan Muda IPT, Orang Luar & Ahli-ahli Yang Mahu Bersama-sama Kami Meraikan Malam Apresiasi Rakan Muda Sambil Beramal Sempena Memberi Pengiktirafan Kepada Sahabat-sahabat Kita Pada Malam Tersebut..Anda Semua Juga Akan Berpeluang Menyaksikan Persembahan Khas Dari Artis Jemputan Kami 1st Edition Yang Popular Dengan Lagu Mereka 'Perpisahan Ini'
...Kami Menjemput Ahli-ahli Yang Pernah Menyertai Program-program Kami Menyertai Acara Yang Julung Kali Diadakan Ini..
video
Butir-butir Acara
Tarikh : 26 Mac 2011
Tempat : Dewan Podium A, Menara KBS, Putrajaya
Masa : 8.00mlm - 11.00mlm
Tema : Mega Kayangan

Anda Boleh Menghubungi Untuk Tempahan
Nadra Naim(0123858165) - Alumni, Pegawai, Orang Luar. Rakan Muda IPT
Muhammad Khoiri(0176858147) - Ahli-ahli Sekretariat Rakan Muda UKM

Harga
Alumni, Pegawai, Orang Luar : RM50
Ahli-ahli & Rakan Muda IPT: RM30
Kuota
Ahli-ahli SRMUKM : 50 Orang
Alumni & Orang Luar : 40 Orang
Hanya Yang Terawal Akan Berpeluang Bersama-sama Kami Pada Malam Tersebut..Pengangkutan Disediakan..Pelbagai Slot & Persembahan Menanti Anda Di Sana..
Yakin!Boleh!Gemilang!