Pertandingan Boling Piala Rakan Muda UKM

Pada 11 oktober 2009, SRMUKM telah menganjurkan pertandingan Boling Piala Rakan Muda UKM bertempat di Metropoint Kajang. Pertandingan tersebut telah disertai seramai 12 kumpulan. Pertandingan bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 2.30 petang. Walaupun pertandingan bermula agak lewat akibat masalah yang tidak dapat dielakkan, peserta tetap sabar menunggu pertandingan bermula. Tempat pertama telah dimenangi oleh Mohd Ansharullah B Ismail, Nornikman B Ag Kati dan Muhammad Syahrin B Ab Rahaman, mereka membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM 200, pingat dan sijil penyertaan. Tempat kedua pula dimenangi oleh Nurul Sareeza Bt Azidin, Aisamuddin B Mohd Ghazali, dan Amir Shukri B Kamaruzaman, mereka memenangi hadiah wang tunai RM 150, pingat, dan sijil penyertaan manakal tempat ketiga membawa pulang wang tunai bernilai RM 100, pingat dan sijil penyertaan dimenangi oleh Nurul Hakimi B Najmudin, Amri B Dahdi, dan Ahmad Rizuan B Mohamed. Pihak penganjur memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan didalam program ini, sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah s.w.t dan yang buruk itu daripada kami.








Jelajah IPT Utara `09



Pada 2-4 Oktober 2009 yang lalu, Sekretariat Rakan Muda UKM telah menganjurkan program Jelajah IPT Utara 09. Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) telah menjadi destinasi pilihan program kali ini. Program Jelajah IPT Utara 09 ini merupakan kesinambungan bagi program Jelajah IPT Selatan 09 yang diadakan pada bulan Mac lalu. Seramai 39 orang peserta telah menyertai program ini. Program yang dianjurkan di bawah exco perhubungan awam dan pengantarabangsaan adalah untuk mengeratkan dan mengukuhlan lagi silaturahim sesama ahli SRM kedua-kedua universiti selain dapat mengetahui selok belok pengurusan Sekretariat rakan muda di sana.


Universiti Utara Malaysia (UUM)




Melawat dan menonton perlawanan futsal tanpa henti yang dianjurkan oleh SRM UUM sempena Pesta Konvokesyen UUM



Timbalan Presiden 2 SRMUKM menyampaikan cendrehati kepada presiden SRMUUM diatas kesudian mereka menerima kunjungan SRMUKM




Bergambar bersama SRM UUM dihadapan Pusat Sukan UUM



Universiti Sains Malaysia (USM)



Bersiar-siar sekitar USM



Sesi Dialog antara SRMUKM dan SRMUUM


Melawat Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah di USM

Sesi Bergambar


Jelajah IPT Utara SRMUKM 09'

Wakil Malaysia ke 6th UNESCO Youth Forum


Tahniah diucapkan kepada Saudari Madihah...
Semoga Berjaya diucapkan daripada
Sekretariat Rakan Muda UKM
(^-^)

Yakin, Boleh Gemilang!!

Salam Aidilfitri dari SRMUKM


Salam Aidilfitri diucapkan daripada
Sekretariat Rakan Muda UKM
Maaf Zahir dan Batin (^-^)
Yakin, Boleh Gemilang!!

Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran dan Qiamulail Rakan Muda Ramadhan

Salam Rakan Muda dan Salam Satu Malaysia,

Kepada sesiapa yang berminat, mari ikuti Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran dan Qiamulail Rakan Muda Ramadhan pada hari Khamis,10 September yang dirasmikan oleh Y.B. Dato' Razali bin Haji Ibrahim,Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia..Juadah berbuka puasa percuma disediakan.Sila respon kepada srmukm@gmail.com,beri nama dan no.hp anda secepat mungkin.Sila rujuk tentatif program di bawah.
Penganjur : Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor
Time : 3:00 petang, Khamis, 10 September
Lokasi : Surau Al-Falah Taman Cempaka Pandan, Hulu Langat (Bas Disediakan)


Tentatif Program Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran dan Qiamulail Rakan Muda Ramadhan


3 ptg : Berkumpul dan Bertolak
4.19 ptg : Solat Asar Berjemaah
Tazkirah-Penghayatan Nuzul Al-Quran
5.10 ptg : Ketibaan dif-dif jemputan
5.15 ptg : Ketibaan Y.B. Dato' Razali Bin Haji Ibrahim
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia
: Bacaan Doa
: Ucapan aluan dan Perasmian
: Penyampaian Sumbangan
: Bacaan Al-Quran
7.17 ptg : Majlis Berbuka Puasa dan Jamuan Makan
: Solat Maghrib
8.27 mlm : Solat Isyak
: Solat Tarawih dan Witir
: Moreh
: Bersurai

'Berkhidmat Untuk Negara'
'Generasi Bebas Jenayah'

Majlis Berbuka Puasa SRMUKM 2009


SALAM RAKAN MUDA, SALAM RAMADHAN DAN SALAM SATU MALAYSIA...

Dengan sukacitanya dimaklumkan, sempena keberkatan bulan ramadhan..Urusetia SRMUKM menjemput semua ahli SRMUKM untuk turut sama meramaikan majlis berbuka puasa kali ini... Diharapkan dengan kehadiran semua, majlis yang dianjurkan ini akan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t. serta dapat merapatkan lagi silaturrahim di antara kita..

Amin.... :D



“Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka.”

(Riwayat Ibn Majah, sanadnya pada nilaian hasan dan ke atas. Ishaq bin ‘Abd Allah al-Madani dithiqahkan oleh Abu Zur’ah dan disebut saduq oleh al-Zahabi dalam al-Kasyif )

Rakan Muda Wawasan Desa - Sg Congkak

7 hingga 9 Ogos 2009, Sekretariat Rakan Muda UKM telah mengadakan sebuah program masyarakat dan anak angkat iaitu program Rakan Muda Wawasan Desa IPT 2009 anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Program ini telah diadakan di Kg Padang @ Lubuk Kelubi, Sg Congkak Hulu Langat. Program kemasyarakatan ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam yang disertai seramai 33 orang peserta dan juga 10 buah keluarga yang terlibat dalam pengambilan anak angkat.

Pelbagai aktiviti yang menarik melibatkan mahasiswa UKM dan juga penduduk kampung serta belia-belia kg Padang Sg Congkak ini. Antara aktiviti tersebut adalah senamrobik, kembara air terjun Sg Congkak, perlawanan futsal dan bola jaring, malam kebudayaan, gotong royong dan melawat dusun buah-buahan. Program ini banyak membantu mahasiswa dalam menguatkan lagi ketahanan mental dan fizikal selain memupuk nilai-nilai murni serta mengeratkan hubungan dengan penduduk kampung.



Penyerahan anak angkat


Taklimat dan ceramah kampung


Senamrobik


Kembara Air Terjun

Di puncak air terjun
Sukan

Malam Kebudayaan

Gotong royong dan mercu tanda

Penyerahan balik anak angkat

Remove Formatting from selectionSesi Bergambar

Laporan Ringkas Perjumpaan Perdana SRM Sesi 09/10

Salam Rakan Muda..Salam Satu Malaysia..

4 Ogos yang lalu, Dewan DK 3F 302 FSSK menjadi medan pertemuan Majlis Tertinggi (MT) SRMUKM dan ahli2 baru SRMUKM....Agenda perjumpaan perdana kali ini tidak lain dan tidak bukan, untuk merapatkan lagi ikatan antara ahli....Syukur, perjumpaan ini, sedikit sebanyak dapat membuka mata ahli tentang aktiviti dan peranan SRMUKM....

Terlebih dahulu, jutaan terima kasih kepada semua ahli yang sudi meminjamkam telinga,mata,tangan dan kaki untuk perjumpaan perdana ini..Maaf dari pihak kami jika berlaku sebarang kelewatan atau sedikit kelam kabut sepanjang perjumpaan. Ialah, manusia, lebih2 lagi...kami yang masih belajar, tidak mungkin lari dari kesilapan..
Perjumpaan sepanjang satu jam setengah ini, lebih memfokuskan tentang pengenalan MT SRMUKM kepada ahli serta peranan mereka... Mudahlah jika saudar/i ingin merujuk tentang perkara berkaitan SRMUKM... Boleh juga dirujuk carta organisasi SRMUKM pada rangkaian di bahagian 'labels'..
Sepanjang perjumpaan ini juga ada diterangkan mengenai aktiviti lepas dan aktiviti akan datang yg akan SRMUKM jalankan..
Sebarang informasi berkaitan akan kami beritahu di blog dan facebook...
Semoga kita semua akan dapat memeriahkan lagi aktiviti di SRMUKM..
Jangan malu dan segan....Silalah berkunjung ke bilik SRMUKM....

Majulah SRM untuk UKM.... :D



~ konsentrasi daripada ahli ~

~ barisan MT SRMUKM...ceria nampaknya... :D ~

~ sesi suai kenal~

~ ahli-ahli SRMUKM....terima kasih atas penglibatan anda~

~serius mendengar penerangan dari MT ~

Perjumpaan Perdana Bagi Ahli Baru SRM Sesi 2009/2010

PERHATIAN!!!


PERJUMPAAN PERDANA

AHLI BARU
SEKRETARIAT RAKAN MUDA
UKM
SESI 2009-2010

Kepada sesiapa yang telah mendaftar sebagai Ahli Sekretariat Rakan Muda UKM sesi 2009/2010 pada Minggu Pengenalan Persatuan, anda dikehendaki menghadirkan diri ke Perjumpaan Perdana Ahli Baru Sekretariat Rakan Muda UKM yang akan berlangsung seperti berikut :

Tarikh :
4 Ogos 2009 (Selasa)

Masa :
8.30 Malam

Tempat :
DK 3F 302 FSSK


~Kerjasama dari anda amatlah dihargai...tQ :) ~





Rakan Muda Wawasan Desa IPT 2009 Fasa 2


Tempat :
Kg Padang, Sg Congkak

Tarikh :
7 hingga 9 Ogos 2009*

Bayaran :
RM 5

Aktiviti Menarik :
Sukaneka
Futsal,Bola Jaring dan Sepak Takraw
Kembara Air Terjun
Gotong royong
Malam Kebudayaan


*Terdapat Perubahan Tarikh bagi program RMWD ini..

Tarikh Asal : 31 Julai - 2 Ogos 2009
Tarikh Baru : 7-9 Ogos 2009

Tempat terhad kepada 40 orang sahaja.

P/S : Kepada sesiapa yang telah mendaftar program ini dan mempunyai sebarang pertanyaan boleh lah berbuat demikian di bilik rakan muda..harap maklum.

MINGGU PENGENALAN PERSATUAN SESI 2009/2010

~KLIK- KLIK~ ketika minggu pengenalan persatuan

Salam Rakan Muda & Salam 1 Malaysia...

Seperti yang semua sedia maklum, Minggu Pengenalan Persatuan telah diadakan pada 20-24 Julai 2009 di Pusanika & Fakulti masing2....Alhamdullilah, penyertaan keahlian UKM memberangsangkan,walaupun kurang berbanding tahun lepas..Apa yang kami harapakan adalah kersama dan minat anda untuk menyertai aktiviti anjuran SRMUKM...Quality is better than Quantity..

Sepanjang minggu pengenalan ini, SRMUKM telah berjaya memberi nafas baru kepada bilik SRM sempena dengan semester baru nii...Harap-harapnya semua ahli jgn segan silu untuk datang ke bilik SRM,pintu bilik sentiasa terbuka semua....Kami berharap anda semua dapat memahami peranan Sekretariat Rakan Muda UKM serta gaya hidup yang dibawakan oleh Rakan Muda...Jika, anda masih berasa musykil mengenai perkara2 berkaitan, jangan fikir dua kali & terus suarakan persoalan anda... Kami juga mengalu-alukan respon daripada anda..
srmukm@gmail.com

Kepada sesiapa yang masih mahu mendaftar, sila datang ke bilik SRM asap.. :)
Terima Kasih kerana menyertai kami di SRMUKM...
Jangan lupa hadir ke Perjumpaan Perdana SRMUKM...


Jangan tak tahu, yang segak bertali leher itu adalah Penasihat SRMUKM, En. Zameri...


Naib Pres. I tampak ceria dengan board pameran rakan muda.....


Ketika sesi pendaftaran dijalankan...


Sesi pendaftaran...

MT SRMUKM yang komited... :)



MINGGU PENGENALAN PERSATUAN


SEKRETARIAT RAKAN MUDA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

TARIKH : 20 - 24 JULAI 2009
TEMPAT : ARAS 1 PUSANIKA



DAFTARKAN DIRI ANDA SEBAGAI AHLI SEKRETARIAT RAKAN MUDA UKM DI BOOTH SEKRETARIAT RAKAN MUDA..PELBAGAI AKTIVITI MENARIK MENANTI SEPANJANG TAHUN..ANTARANYA :

  • Rakan Muda Wawasan Desa (RMWD)
  • Majlis Berbuka Puasa
  • Jelajah IPT Utara
  • Piala Sekretariat Rakan Muda (bowling)
  • Jelajah Si Belalai
  • Kembara Nur Lembah Lenggong
  • Eksplorasi Bumi Kenyalang
  • Karnival Rakan Muda
  • Kemasyarakatan-Kenali Hatiku
  • Kursus Penggerak Rakan Muda
YURAN : RM 3 sahaja

KAD KLASIK RAKAN MUDA


BUTTON BADGE
MENANTI ANDA!!!



Rakan Muda Wawasan Desa-Kg Tengah Puchong


22 hingga 24 Mei 2009 telah berlangsungnya program Rakan Muda Wawasan Desa (RMWD) anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang diadakan di Kg Tengah Puchong.Seramai 35 peserta telah mengikuti program ini.Program yang berbentuk kemasyarakatan ini telah menarik seramai 19 buah keluarga untuk mengambil pelajar-pelajar UKM ini sebagai anak angkat mereka.

Pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan oleh penduduk kampung dan juga Pejabat Belia Daerah Petaling.Antara aktiviti menarik yang dilaksanakan ialah senamrobik,gotong-royong,lawatan industri,malam kebudayaan dan sukaneka. Program ini telah menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mahasiswa selain dapat menjalinkan dan mengeratkan lagi hubungan dengan masyarakat iaitu penduduk kampung.


22 MEI 2009


Penyerahan anak angkat

23 MEI 2009


Senamrobik


gotong royong : mengecat dewan


gotong royong : membersihkan kawasan dewan


Lawatan industri : Kilang membuat Rehal


Lawatan industri : Penternakan kambing


Lawatan industri : Penanaman cendawan


Persembahan Pelajar


Perasmian majlis oleh YB Dato` Dr Muhamad Satim Diman

24 MEI 2009


Sukaneka: Acara boling kelapa


Sukaneka : Acara menganyam ketupat


Sukaneka : Acara toilet Mumia


Sukaneka : Futsal pelekat-lelaki


Sukaneka : Futsal pelekat-wanita


Penyerahan semula anak angkat


Sesi fotografi