Jelajah IPT Utara `09



Pada 2-4 Oktober 2009 yang lalu, Sekretariat Rakan Muda UKM telah menganjurkan program Jelajah IPT Utara 09. Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) telah menjadi destinasi pilihan program kali ini. Program Jelajah IPT Utara 09 ini merupakan kesinambungan bagi program Jelajah IPT Selatan 09 yang diadakan pada bulan Mac lalu. Seramai 39 orang peserta telah menyertai program ini. Program yang dianjurkan di bawah exco perhubungan awam dan pengantarabangsaan adalah untuk mengeratkan dan mengukuhlan lagi silaturahim sesama ahli SRM kedua-kedua universiti selain dapat mengetahui selok belok pengurusan Sekretariat rakan muda di sana.


Universiti Utara Malaysia (UUM)




Melawat dan menonton perlawanan futsal tanpa henti yang dianjurkan oleh SRM UUM sempena Pesta Konvokesyen UUM



Timbalan Presiden 2 SRMUKM menyampaikan cendrehati kepada presiden SRMUUM diatas kesudian mereka menerima kunjungan SRMUKM




Bergambar bersama SRM UUM dihadapan Pusat Sukan UUM



Universiti Sains Malaysia (USM)



Bersiar-siar sekitar USM



Sesi Dialog antara SRMUKM dan SRMUUM


Melawat Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah di USM

Sesi Bergambar


No comments:

Post a Comment

cadangan dan komen anda amat dihargai