Pertandingan Boling Piala Rakan Muda UKM

Pada 11 oktober 2009, SRMUKM telah menganjurkan pertandingan Boling Piala Rakan Muda UKM bertempat di Metropoint Kajang. Pertandingan tersebut telah disertai seramai 12 kumpulan. Pertandingan bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 2.30 petang. Walaupun pertandingan bermula agak lewat akibat masalah yang tidak dapat dielakkan, peserta tetap sabar menunggu pertandingan bermula. Tempat pertama telah dimenangi oleh Mohd Ansharullah B Ismail, Nornikman B Ag Kati dan Muhammad Syahrin B Ab Rahaman, mereka membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM 200, pingat dan sijil penyertaan. Tempat kedua pula dimenangi oleh Nurul Sareeza Bt Azidin, Aisamuddin B Mohd Ghazali, dan Amir Shukri B Kamaruzaman, mereka memenangi hadiah wang tunai RM 150, pingat, dan sijil penyertaan manakal tempat ketiga membawa pulang wang tunai bernilai RM 100, pingat dan sijil penyertaan dimenangi oleh Nurul Hakimi B Najmudin, Amri B Dahdi, dan Ahmad Rizuan B Mohamed. Pihak penganjur memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan didalam program ini, sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah s.w.t dan yang buruk itu daripada kami.








1 comment:

  1. eh baru perasan ada entry ni. huhu.:) Bila SRM nak buat Bowling Tournament lagi ni? :) Nak join.
    If ada bagitau la eh?
    email : nurulsareezaazidin@yahoo.com

    Thanks

    ReplyDelete

cadangan dan komen anda amat dihargai