Rakan Muda Wawasan Desa - Sg Congkak

7 hingga 9 Ogos 2009, Sekretariat Rakan Muda UKM telah mengadakan sebuah program masyarakat dan anak angkat iaitu program Rakan Muda Wawasan Desa IPT 2009 anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Program ini telah diadakan di Kg Padang @ Lubuk Kelubi, Sg Congkak Hulu Langat. Program kemasyarakatan ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam yang disertai seramai 33 orang peserta dan juga 10 buah keluarga yang terlibat dalam pengambilan anak angkat.

Pelbagai aktiviti yang menarik melibatkan mahasiswa UKM dan juga penduduk kampung serta belia-belia kg Padang Sg Congkak ini. Antara aktiviti tersebut adalah senamrobik, kembara air terjun Sg Congkak, perlawanan futsal dan bola jaring, malam kebudayaan, gotong royong dan melawat dusun buah-buahan. Program ini banyak membantu mahasiswa dalam menguatkan lagi ketahanan mental dan fizikal selain memupuk nilai-nilai murni serta mengeratkan hubungan dengan penduduk kampung.



Penyerahan anak angkat


Taklimat dan ceramah kampung


Senamrobik


Kembara Air Terjun

Di puncak air terjun
Sukan

Malam Kebudayaan

Gotong royong dan mercu tanda

Penyerahan balik anak angkat

Remove Formatting from selectionSesi Bergambar

No comments:

Post a Comment

cadangan dan komen anda amat dihargai