Mesyuarat & Bengkel Pengurusan IPT 2011

Salam Dimensi Baru

Pada 10 Mac 2011(Khamis), Sekretariat Rakan Muda Universiti Kebangsaan Malaysia Telah Dijemput Oleh Kementerian Belia & Sukan Ke Mesyuarat & Bengkel Pengurusan IPT 2011 Bertempat Di Dewan Serbaguna, Menara KBS, Putrajaya..UKM Merupakan Salah Satu Daripada 44 IPT Yang Menyertai Bengkel Yang Bermula Dari Jam 9.00a.m - 5.00p.m Ini..SRMUKM Telah Menghantar 6 Orang Wakil Dari UKM Iaitu Seorang MPP Iaitu Exco Akademik, 5 Orang Wakil Sekretariat Presiden, Naib Presiden I, Naib Setiausaha, Exco Waja Diri & Exco Sukarelawan & Penasihat Puan Nurul Safaniza..Mesyuarat Ini Membincangkan Mengenai Peranan Sekretariat Serta Penglibatan & Sokongan Majlis Perwakilan Pelajar Dalam Menyokong Program-program Yang Dianjurkan Oleh Rakan Muda..Kami Amat Bertuah Menerima Kehadiran Tim. Belia & Sukan, Y.Bhg. Dato' Razali Hj Ibrahim Dalam Mesyuarat Kali Ini..Setiap IPT Menerima Wartikah Perlantikan Sekretariat Rakan Muda IPT & UKM Menerima Sijil Khas Dari KBS Mengenai Pertolongan Mangsa Banjir Di Johor Bahru Baru-baru Ini..Pada Sebelah Petangnya Kami Diberi Taklimat Mengenai Program Hari Belia Negara Iaitu Cabaran Inovasi IPT & Program Ini Akan Mengumpulkan Seramai 1 Juta Belia Semasa Acara Itu Berlansung..Pada Bengkel Ini Juga, Kami Berpeluang Menemui Rakan-rakan Dari IPT Lain Yang Pernah Kami Menjelajah & Menerima Kunjungan Daripada Mereka..Semoga Bengkel Sebegini Memberi Manfaat & Pengetahuan Kepada Semua Belia Mengenai Peranan Rakan Muda Itu Sendiri & MPP Di Setiap IPT..Yakin!Boleh!Gemilang!


Menerima Wartikah Perlantikan SRM IPT

Sesi Mesyuarat


Sesi Pembentangan

Bersama Tim Menteri Belia & Sukan


Wakil Dari SRMUKM

No comments:

Post a Comment

cadangan dan komen anda amat dihargai