Laporan Majlis Pelancaran Program Rakan Muda Ramadhan

Salam 1Belia dan Salam Rakan Muda

Pada 13 Ogos 2010 bersamaan dengan 3 Ramadhan 1431H, Kementerian Belia dan Sukan telah menganjurkan Majlis Pelancaran Program Rakan Muda Ramadhan Peringkat Kebangsaan 2010/2011 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Seramai 37 orang ahli-ahli SRMUKM telah menghadirkan diri pada majlis tersebut. Kami bertolak dari UKM pada pukul 3.30 petang dan tiba ke destinasi pada kira-kira pukul 4 petang. Majlis dimulakan dengan sesi Forum/Motivasi sementara menunggu ketibaan para VIP. Perasmian dilakukan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Dato Ahmad Razali bin Hj Ibrahim. Majlis diteruskan dengan pertunjukan multimedia, pelancaran Pertandingan Mencipta Montaj Multimedia berunsurkan Islam, penyampaian sumbangan penghuni rumah anak yatim, majlis berbuka puasa, solat fardu berjemaah dan solat tarawih berjemaah serta diakhiri dengan moreh. Kami bertolak pulang ke UKM pada pukul 10.30 malam.




Semoga penglibatan kami dalam majlis ini mendapat keberkatan dariNya, insyaAllah.

YAKIN BOLEH GEMILANG!!

No comments:

Post a Comment

cadangan dan komen anda amat dihargai