Laporan XPDC Irau Brinchang


Salam Rakan Muda!

Pada 6-8 Ogos 2010 lalu XPDC Irau Brinchang telah berjaya dijalankan. Seramai 37 orang peserta yang terdiri daripada 15 orang perempuan dan 22 lelaki telah mengambil bahagian dalam program ini.
Perjalanan bermula dari Bangi pada hari Jumaat jam 3.30 pagi dan alhamdulilah tiba ke destinasi pada pukul 9.00 pagi. Setibanya di sana para peserta dibahagikan kepada 8 kumpulan dan dibekalkan dengan bahan-bahan masakan untuk dimasak sepanjang pendakian tersebut. Pendakian bermula jam 10.00 pagi mengikut kumpulan masing-masing dan tiba di puncak Gunung Brinchang pada jam 4.00 petang.
Pendakian diteruskan pada keesokan harinya dengan mendaki Gunung Irau pada jam 9.00 pagi dan alhamdulilah tiba di puncak pada pukul 12 tengah hari. Perjalanan menuruni Gunung Irau dimulakan pada pukul 1 petang dan tiba di puncak Brinchang semula pada pukul 5 petang. Kami berehat dan bermalam di puncak Brinchang.
Aktiviti seperti Unggun Api, Games, Bagi Barang dan Lakonkan diadakan sebelum kami tidur pada kira-kira jam12 malam.
Pada jam 9.30 pagi Ahad kami meneruskan perjalanan menuruni gunung melalui ladang teh sehingga ke Sungai Palas. Secara keseluruhannya, XPDC Irau Brinchang telah berjaya dijalankan dengan lancar. Para peserta memberikan kerjasama yang amat memuaskan dan mereka kelihatan berpuas hati dan seronok menjalani program ini. Semoga ilmu yang dipelajari sepanjang program diberkati dan ikatan yang terbina akan terus terjalin mesra. :)




Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada urusetia program dan para peserta!

YAKIN BOLEH GEMILANG!!

No comments:

Post a Comment

cadangan dan komen anda amat dihargai