Laporan Majlis Berbuka Puasa SRMUKM

Salam SRMUKM!

Pada 18 Ogos 2010, Majlis Berbuka Puasa SRMUKM telah diadakan dengan meriahnya di hadapan Bilik SRMUKM. Hampir 100 orang ahli-ahli SRMUKM telah menghadiri majlis ini.
Sementara menunggu makanan tiba, para hadirin disajikan dengan tayangan filem Syukur 21. Selepas para hadirin selesai mengambil makanan, taklimat ringkas diberikan oleh Presiden SRMUKM, Saudara Khairul Anwar dan kemudian diikuti dengan bacaan doa berbuka puasa yang dilakukan oleh Saudara Khairul Razmi yang juga merupakan Exco Wirausaha SRMUKM. Majlis bersurai kira-kira pukul 8 malam untuk memberi ruang kepada hadirin mengerjakan solat fardu dan solat tarawih.Terima kasih diucapkan kepada para hadirin yang sudi hadir dan memeriahkan majlis ini. Mudah-mudahan ukhuwah di antara kita akan terus terjalin mesra. InsyaAllah..




YAKIN BOLEH GEMILANG!!

2 comments:

cadangan dan komen anda amat dihargai