Nabil Jeffri ikon 1Belia 1Malaysia
KUALA LUMPUR 31 Mac – Pemandu go-kart Nabil Jeffri yang menamatkan perlumbaan kejohanan Rotax Max World di Mesir tahun lepas dengan menduduki tempat keenam, dilantik sebagai ikon “1Belia 1Malaysia”.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek yang membuat pengumuman itu di Putrajaya hari ini berkata, pemilihan Nabil bukan hanya berdasarkan kepada prestasi beliaui di litar, tapi juga di luar litar.
"Nabil bukan nama baru di arena lumba go-kart yang kompetetif dalam negara dan pernah memenangi banyak gelaran sejak mula bertanding secara kompetitif,” katanya dalam stu kenyataan di sini hari ini.
Nabil, juara kategori remaja Kejohanan Rotax Max Challenge Malaysia dan juga Asia Max Challenge 2009, menduduki tempat keenam dalam perlumbaan di Mesir yang membabitkan 72 pemandu dari 60 negara, dan kini beliau sedang mengintai peluang untuk ke perlumbaan F1.
"Ia adalah satu penghormatan kerana dipilih sebagai ikon 1Belia 1Malaysia.
“Negara ketika ini sedang berusaha ke arah perpaduan dan kejayaan, jadi saya sangat bangga kerana dapat menyumbang ke arah itu,” kata remaja 16 tahun itu. – Bernama