Mesyuarat Penyelarasan Rakan Muda IPT

Salam Rakan Muda.

Pada 22 Mac 2010, SRM UKM telah dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Rakan Muda IPT di Dewan Serbaguna, Menara KBS, Putrajaya. Mesyuarat yang berlangsung dari jam 10 pagi sehingga 5.30 petang telah menghimpunkan semua wakil SRM IPT dan juga wakil HEP setiap universiti. SRM UKM telah menghantar 2 orang wakil iaitu Presiden SRM UKM (Saudara Khairul Anwar Jeon) dan Bendahari SRM UKM (Nur Ezzatie Surasah). Sesi mesyuarat ini telah membincangkan beberapa topik yang menjadi mainan fikiran setiap SRM IPT. Antara topik yang telah dibincangkan adalah sistem e-bantuan dan Karnival Belia Rakan Muda. Program ini telah berjaya merungkai segala permasalahan yang dialami sama ada di bahagian pihak SRM IPT dan juga bahagian pihak KBS. Setiap SRM IPT juga berpeluang untuk memperkenalkan wakil MT dan exco kepada SRM IPT berlainan sambil bertukar-tukar pendapat. Selain itu, kehadiran Menteri Belia dan Sukan, Y Bhg Datuk Ahmad Shabery Cheek telah memeriahkan program ini. Beliau turut menyampaikan Watikah Perlantikan Sekretariat Rakan Muda bagi setiap IPT. Program ini berjaya mengeratkan ukhwah persahabatan antara SRM IPT. Diharapkan Mesyuarat Penyelarasan Rakan Muda IPT akan diteruskan untuk manfaat semua SRM IPT dan pihak kementerian. Yakin Boleh Gemilang!


*suasana sidang mesyuarat*

*penerimaan watikan perlantikan dari Menteri Belia dan Sukan*

*dari kiri: Musa (Presiden SRM UUM), Bob (Prsedien SRM UPM), Ridhwan (Presiden SRM UTM), Naim (Timb Pres SRM UPM), Khairul Anwar (Presiden SRM UKM)*

*dari kiri: Shahairul (Bendahari Kehormat SERUM), Hafiz (Timb Pres 1 SERUM), Khairul Anwar (Presiden SRM UKM), Syafiq (wakil SRM USM)*

* SERUM*

*SRM USM*

*sesi fotografi Mesyuarat Penyelarasan Rakan Muda IPT*

2 comments:

  1. wah2..
    meeting yg bez!
    dpt eratkan silaturrahim..
    *alhamdulillah..ehem2*

    ReplyDelete
  2. btoi3.
    miting yg besh.
    swonok dpt buku album besarrrr n berat!
    haix.! ;p

    ReplyDelete

cadangan dan komen anda amat dihargai