Cabaran Inovasi Rekreasi Rakan Muda IPT sempena Hari Belia 2010.


Salam Rakan Muda..

Alhamdulillah, tatkala kebanyakan pelajar UKM pulang bercuti di rumah, SRM UKM telah meneruskan agenda program dengan menyertai CABARAN INOVASI REKREASI RAKAN MUDA IPT sempena HARI BELIA 2010. Program yang berlansung selama 3 hari iaitu pada 14- 16 Mei 2010 telah menghimpunkan 25 IPT di seluruh negara tanpa mengira kaum, bangsa mahupun agama. Seramai 31 orang peserta dari SRM UKM telah mengorbankan cuti hujung minggu mereka dalam menjayakan Hari Belia 2010.

Hari Belia 2010 yang disambut pada kali ini disambut dengan format yang berbeza berbanding dengan tahun sebelumnya melalui pelbagai aktiviti mengikut citarasa yang direncanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Berkonsepkan tema "Belia Kreatif dan Inovatif Pemacu Ekonomi Negara", golongan belia IPT telah disatukan dalam penjanaan ukhwah yang utuh di samping memahirkan potensi generik yang wujud dalam diri.

*Pelancaran Cabaran Inovasi Rekreasi Rakan Muda IPT*

*Sukarelawan SRM UPM*

*Perarakan sempena HARI BELIA 2010*


SRM UPM selaku rakan kongsi program ini telah menyediakan tempat penginapan serta sukarelawan dalam usaha keberkesanan perjalanan program. Program CABARAN INOVASI REKREASI RAKAN MUDA IPT dipecahkan kepada 3 skop program iaitu "Rhythmic Malaysia", "Self-expression Moment" dan "Eksplorasi Rakan Muda IPT". Pada program Rhythmic Malaysia, para peserta yang telah dipecahkan kepada 20 kumpulan dikehendaki mempersembahkan persembahan kompang yang telah dipelajari di hadapan juri berdasarkan kreativiti kumpulan.

Selain itu, setiap IPT diwajibkan menghantar 2 orang peserta untuk program SELF-EXPRESSION MOMENT. Para peserta diminta melontarkan buah fikiran serta wacana minda berdasarkan isu-isu yang telah diberikan. Cabaran Inovasi Rekreasi Rakan Muda IPT diakhiri dengan program EKSPLORASI RAKAN MUDA IPT di mana para peserta diuji dengan membina replika 1malaysia berkonsepkan 3D. Rata-rata peserta berjaya menghasilkan cetusan idea yang begitu mengagumkan para juri.



*Self-expression moment*

*Rhythmic Malaysia*

*Perhimpunan Hari Belia 2010*

*Replika 1MAlaysia Kumpulan 19*

*Replika 1Malaysia Kumpulan 20*


*Sejuta kenangan, seindah memori*


Kemuncak acara Hari Belia 2010 iaitu Perhimpunan Hari Belia Negara bersama YAB Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia diadakan di PICC, Putrajaya. YAB PM telah menyampaikan amanat-amanat berguna kepada para belia yang akan meneruskan tampuk pemerintahan negara pada masa akan datang. Alhamdulillah, Hari Belia 2010 telah meninggal sejuta kemanisan dalam memori SRM UKM. Sekalung tahniah diucapkan kepada KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN dan SRM UPM atas kejayaan HARI BELIA 2010. Semoga berjumpa lagi pada HARI BELIA akan datang. Sekian.

2 comments:

cadangan dan komen anda amat dihargai