Program RMWD Felda Sg Tengi

Salam Rakan Muda.

Rakan Muda Wawasan Desa (RMWD) kini datang kembali. Alhamdulillah, pada 7 mei - 9 mei 2010, SRMUKM dan JBS telah berjaya menganjurkan program RMWD di Felda Sg Tengi, Hulu Selangor. Seramai 33 orang peserta mengikuti program ini. Program pertama yang dianjurkan oleh MT dan exco baru telah berjalan selama 3 hari 2 malam. Program RMWD ini diterajui oleh Saudari Nurain Abdul Hamid merangkap Exco RMWD. Pelbagai program yang telah diselitkan antaranya adalah program motivasi bersama pelajar UPSR, gotong-royong, program menanam pokok, memancing bersama penduduk kampung, dan malam kebudayaan.

Pelbagai memori terindah berjaya diciptakan sepanjang berada di Felda Sg Tengi. Layanan keluarga angkat yang sungguh istimewa membuatkan para peserta tidak ingin berpisah antara satu sama lain. Komitmen semua peserta dan penduduk kampung membuatkan program ini lebih bermakna. semoga program RMWD seterusnya mampu menciptakan kenangan yang sungguh menggamit memori seperti kektika berada di Felda Sg Tengi. Pihak SRMUKM merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua peserta dan penduduk kampung Felda Sg Tengi khususnya kepada tenaga kerja belakang tabir yang bertungkus-lumus memastikan program berjalan lancar. Insya Allah, jika ada rezeki, SRMUKM akan kembali singgah di Felda Sg Tengi. Sekian.


*Sesi Penyerahan anak angkat*

* Program motivasi bersama pelajar UPSR*

*Sesi gotong-royong*

*Program menanam pokok*

*Gotong-royong*

*Memancing bersama penduduk kampung*

*Malam kebudayaan-Persembahan Kump 1*

*Persembahan koir dari Kump 2*

*Persembahan lakonan dari AJK program*

*Sesi penyerahan semula anak angkat*

*Kejutan sempena HAri Ibu*

*Semoga berjumpa lagi*

*Tenaga kerja belakang tabir*

5 comments:

  1. wahhaa~
    rndu sma family angkat..
    sng2 kite turun sg tengi lg tau!

    ReplyDelete
  2. salah tarikh tu~~ hihihi~~

    ReplyDelete
  3. rindu kat mak angkat jga....
    tie ade program ajaklah kitaorg lg... :)

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas keprihatanan anda..
    blog telah dikemas kini semula..
    sekian..

    ReplyDelete

cadangan dan komen anda amat dihargai