Laporan Ekspedisi Keindahan Batu Karang

Salam Rakan Muda

Sekalung Tahniah & Terima Kasih Kepada Semua Yang Terlibat Dalam Program Ekspedisi Keindahan Batu Karang Pulau Sibu Di Bawah Tim Exco Rakan Cinta Alam, Saudari Intan Shafiqa Mad Yunus Pada 15-17 Oktober 2010...Program Selama 3 Hari ini Bermula Pada 15 Oktober 2010 Apabila Kami Bertolak Dari UKM Pada Pukul 1.00 Pagi..Seramai 50 Orang Ahli-ahli SRMUKM Yang Terlibat Dalam Menjayakan Program Yang Berbentuk Kecintaan Alam Sekitar Ini...Kami Tiba Di Jeti Tanjung Leman Pada 15 Oktober 2010 jam 8.00 Pagi..Setibanya Di Jeti Kami Menaiki Bot Ke Pulau Sibu Yang Mengambil Masa 40 min Dari jeti...Setibanya Di Pulau Sibu, Kami Ke Tempat Penginapan Kami Di Kambau Beach Resort...Di Sana Kami Mengadakan Pelbagai Program Yang Menarik Seperti Permainan Pantai, Aktiviti Unggun Api, Kayak Pantai, Snorkelling, Rock Abseiling, BBQ, Water Confident & Aktiviti Simulasi..Program Ini Dilaksanakan Secara Santai Khusus Diberikan Kepada Ahli-ahli Yang Akan Menduduki Peperiksaan Tidak Lama Lagi..Kami Mengucapkan Jutaan Terima Kasih Kepada Semua Peserta Yang Sporting & Memberi Kerjasama Sepenuhnya Sepanjang Program Ini Berlansung...Tidak Lupa Juga Kepada Pihak Pengurusan Resort & Jurulatih Kami Di Sana Iaitu Abg Yan, Abg Mat & Abg Zakuan Yang Menceriakan Program Sepanjang Kami Di Sana..Kepada Ahli-ahli Lain..Nantikan Program-program Kami Yang Seterusnya Yang Semestinya Menarik & Mencabar Fizikal & Mental Anda Semua...

Yakin!Boleh!Gemilang!
Perjalanan Ke Pulau Sibu
Berjalan Di Sekitar Pantai
Aktiviti Unggun Api
Aktiviti Berkumpulan Pantai Antara Coral Yang Dijumpai
Snorkelling
Rock Abseiling
Malam BBQ
Coconut Fever
Terima Kasih Kepada Semua Peserta


Ucapan Ketua Pengarah Program Ekspedisi Keindahan Batu Karang

2 comments:

cadangan dan komen anda amat dihargai