Peluang Menjadi Keluarga Angkat Bagi Program SSEAYP Kali Ke 38



Salam Rakan Muda

 Kapal Fuji Maru akan singgah di Malaysia 
Pada 28 November – 1 Disember 2011 dan 
Membawa Belia Dari Negara ASEAN dan Jepun 
Yang Terlibat Dalam Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP)..

Pelbagai aktiviti telah diatur untuk mereka di setiap negara termasuk AKTIVITI KELUARGA ANGKAT. 
Aktiviti ini merupakan pendedahan kepada peserta program SSEAYP untuk mengenali budaya dan cara hidup masyarakat setempat di sesebuah negara. 
Peserta akan tinggal di rumah keluarga angkat selama 3 hari 2 malam dan melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga angkat.
Aktiviti keluarga angkat di Malaysia akan dilaksanakan 
Pada 29 November – 1 Disember 2011..

KRITERIA KELUARGA ANGKAT:
1.1 Warganegara Malaysia
1.2 Keluarga (terdiri daripada suami, isteri dan anak)
1.3 Sukarela untuk menyertai aktiviti Keluarga Angkat
1.4 Keluarga Angkat tinggal di sekitar di W.P Kuala Lumpur, W.P Putrajaya dan Selangor (sekitar kawasan Lembah Klang seperti Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya, Puchong, Klang, Pelabuhan Klang, Ampang, Gombak, Selayang, Cheras, Hulu Langat, Kajang, Bangi, Dengkil) SAHAJA

Keluarga angkat yang memenuhi kriteria boleh mengisi borang yang disediakan 
dan fakskan ke 03-88888 761 sebelum atau pada 15 November 2011

Sebarang pertanyaan boleh hubungi urusetia di talian 03-8871 3265/3277/3528

1 comment:

  1. Join us in MMU Rakan Muda Run 2011
    http://mmurakanmudarun.blogspot.com/

    ReplyDelete

cadangan dan komen anda amat dihargai