Bengkel Pemantapan Organisasi Persatuan Pelajar UKM Sesi 2008/2009

Salam mesra...


14 Mac yang lalu mencatatkan satu lagi rentetan aktiviti yang dihadiri oleh SRMUKM..Pada hari itu yang jatuhnya pada hari sabtu, SRMUKM telah menghantar beberapa orang wakil exco menyertai Bengkel Pemantapan Organisasi Persatuan Pelajar UKM Sesi 2008/2009... (huhu..actually sume persatuan wajib datang kursus ni..)


Kelab Golf Danau merupakan tempat yang terpilih untuk menja

MAJLIS PELANCARAN GENERASI BEBAS JENAYAH DI KOMPLEKS SUKAN BUKIT JALIL..

posing sambil tunggu Bas KBS sampai..huhu

K.su with Pegawai Penggerak Rakan Muda Puchong..

Team Go-Mobile in action..promote jgn tak promote..kepada sesiapa yg belum mendaftar sebagai ahli rakan muda..segeralah berbuat demikian :)

Nadia, K.Su & K.ain tengah tunggu majlis perasmian start...

Mereka2 yg sibuk bergambar kenangan dengan stage background, sesudah majlis perasmian..

Para VIP yang hadir...Dato' Seri Ismail Sabri, org2 penting dari KBS, Duta 'Generasi Bebas Jenayah' serta pengacara majlis, Sarimah Ibrahim..

Majlis penyampaian cenderamata..besaqnya frame..hehe

Persembahan tarian urban..konsep tarian masih kabur, Gaya Hidup Aktif mungkin..

Sambil mendengar, sempat lagi bergambar..

Duta-duta Generasi Bebas Jenayah bersama dengan Dato'Seri Ismail Sabri ..

Tarian sewaktu pembukaan Majlis Perasmian Generasi Bebas Jenayah..

Para VIP tertarik untuk melihat Dato' Seri Ismail Sabri yang nampaknya berminat dengan kandungan dalam 'Goodie Bag'..

Menyanyikan lagu rasmi ketika majlis berlansung..

Gimik perasmian Majlis Pelancaran Generasi Bebas Jenayah..

PELANCARAN GENERASI BEBAS JENAYAH
Kuala Lumpur, 8 Mac – Pelbagai program di anjurkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menghindarkan belia daripada perlakuan jenayah. Dalam usaha untuk menangkis pandangan negatif masyarakat kepada golongan belia, KBS telah melancarkan program belia cegah jenayah baru- baru ini.
Dalam ucapannya, Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob menyeru supaya golongan belia mengisi masa lapang dengan menyertai program- program yang dianjurkan oleh KBS.
Beliau juga mahu golongan belia supaya menjauhkan diri dari perbuatan jenayah yang boleh memusnahkan masa depan mereka. Beliau ditemui ketika merasmikan Program Generasi Bebas Jenayah di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini.
Hadir sama Ketua Setiausaha, Kementerian Belia dan Sukan Yang Berbahagia Dato’ Mohd Yasin b. Mohd Salleh dan Ketua Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Yang Berbahagia Dato’ Haji Fathul Razi Haji Bakri.
.....................................................................................................
yang kat atas tu 100% copy dari laman web KBS...
Saya sukar nak ceritakan suasana ketika majlis pelancaran generasi bebas jenayah kat bukit jalil tu..hal ini kerana, ketika majlis berlangsung, saya asyik di dalam dewan peperiksaan..manakala jue2 pula asyik berada di rumah..
So,wakil2 dari UKM ni diketuai dan diuruskan oleh k.ain,k.sue,nadia,madiha&achik...
Mencabar jugak nak dapatkan peserta ni..student UKM ramai..tapi ada bermacam komitmen..kebetulan pada minggu itu ramai yang balik..maklum arr cuti tiga hari..
daripada cerita k.su,bas KBS jemput mereka di pusanika dalam pukul 8.30..dan bertolak ke bukit jalil pukul 9.30..
sampai jer kat bukit jalil..wakil2 yang datang dari universiti dan kelab2 belia sekitar Selangor kena menunggu untuk waktu perasmian iaitu pada pukul 12tgh..
Biase arr nak kena tunggu VIP..crowd kena datang awal, VIP akan datang lambat..baru nampak meriah cket time kuar tv & paper nanti..huhu :)
Pastu,majlis perasmian tu berakhir dalam lebih kurang pukul 2,dan crowd dijemput mengambil makanan yang disediakan..Ok,yang beshnya..diorang dapat 'Goodie Bag' GENERASI BEBAS JENAYAH...Dalam nyer ada button ~KILL THE CRIME~ & ~GENERASI BEBAS JENAYAH~ , tshirt putih GENERASI BEBAS JENAYAH yang bermotifkn urban art , template graffiti GENERASI BEBAS JENAYAH , pelekat kereta GENERASI BEBAS JENAYAH ( yang akan saya tampal belakang kereta jue2 )..dan sticker2 GENERASI BEBAS JENAYAH..
Walaupun tak dapat pegi..k.su reservekan satu beg untuk saya..huhu..tQ k.Su :)
Saya perasan yang sekarang ni..motif urban art semakin menjadi fenomena..
Sampai hampirsemua poster,flyer dan banner pun ada unsur2 itu..
'But I love to challenge anybody who are involved in this kreatif business to combine or mix urban art with classic motifs...innovative enough?'..huhu..musti indah&kompleks kan.. :)
Pastu k.su kte lagi, dalam majlis pelancaran ni, ada tiga orang telah dilantik sebagai duta program ni..perasan tak dalam gambar di atas ada tiga orang belia melayu,cina & india yang tengah pegang gimik perasmian di samping Dato' Sri Ismail Sabri..ok,yg saya kenal Aliff jer..yang lagi dua orang tu, maaf,saya kurang kenal..ade sesiapa yang kenal ker?? inform arr kat saya.... :)

Tu jer serba sedikit cerita mengenai aktvt SRM pada minggu ni..Thanks pada pembaca..
Jumpa pada lain entri.. :)
p/s:saya akan cuba upload gambar barang2 'goodie bag' tu..and gambar2 mereka2 yang pergi :)

Selamat Menyambut Maulidur Rasul



Salam rakan muda..

Menjelang sahaja tarikh 12 Rabiulawal dalam tahun hijrah,umat islam di seluruh Malaysia akan menyambutnya..Malahan kerajaan Malaysia pun bagi cuti pada tarikh tersebut..

Semalam pagi2 lagi saya dapat msg dari jue2 & shbat saya dri UIA(tak dengar bunyi sebab hp silent..).. mengucapkan selamat menyambut maulidur rasul..Maka,saya pun terdetik untuk mencari asas2 mengapa diadakan sambutan maulidur rasul..

Saya ingat lagi,ustazah kat sekolah agama saya cakap...kita sambut maulidur rasul dan berarak ni kerana kita sayang pada Rasullulah S.A.W...Baginda adalah satu anugerah Allah yang sangat besar kepada manusia yang kemudiannya diangkat menjadi rasul untuk membawa ajaran yang benar bagi menyelamatkan kita di dunia dan akhirat...Ya,saya akui saya masih lagi berpegang pada kate2 ustazah..(sangat rindu zaman sekolah dulu..) :)

Saya akui,diri ini masih mentah dan masih mencari..Tapi,saya suka berkonsi apa yang saya jumpa dalam tulisan insan lain mengenai sambutan maulidur rasul..Ini antara link sumber2 yang saya rase dapat membantu sesiapa yang ingin lebih tahu tentang asas sambutan maulidur rasul...Harap sudi baca..jumpa di lain entri.. TQ;)

http://www.sunnah.org/publication/malay/maulid.htm#PRAKATA

http://bahrusshofa.blogspot.com/2006/01/tempat-lahir-junjungan-saw.html

p/s:saya suka berkongsi pencarian tentang makna cuti2 umum di Malaysia..cuti yang terdekat dalam kalendar..Good Friday(tapi Sabah & Sarawak jer cuti)..nanati kiter story2 pasal tu pulak k :)

Love story from China..hu2 :D

artikel ni saya ambil dan edit sedikit daripada www.halaqah.net
saya tertarik dengan artikelni,lalu ingin berkongsi dengan pembaca..
terima kasih diucapkan pada penulis atas sejarah yang menarik ni..



APA yang dapat dilihat dalam gambar ini?
Itulah anak-anak tangga dari 6,000 anak tangga, dipahat sendiri dengan tangan (hand carved) oleh seorang lelaki China untuk isterinya yang berusia lebih tua 10 tahun darinya. Dia memahat anak-anak tangga itu agar isterinya dapat turun dari gunung itu dengan mudah. Mereka tinggal di dalam gua di situ selama 50 tahun, dan anak-anak tangga itu dibuat setelah 2 tahun mereka mulai tinggal di situ.
Apakah anak-anak tangga itu dapat dijadikan sebagai lambang tanda kasih, setia dan pengorbanannya? ‘Anak tangga cinta’??Kisah ini terbongkar pada tahun 2001, apabila sekelompok pengembara (adventurers) telah melakukan explorasi ke hutan itu. Mereka terkejut, tercengang-cengang apabila bertemu dengan satu pasangan berusia lanjut dan juga 6,000 anak tangga itu. Maka tersorotlah sejarah romantik silam mereka, iaitu kira-kira 50 tahun lalu. Waktu itu, dia Liu Guojiang adalah seorang pemuda berumur 19 tahun. Dia jatuh cinta pada seorang janda 29 tahun bernama Xu Chaoqin. Mereka melarikan diri untuk hidup bersama dan saling mengasihi dalam kedamaian selama setengah abad.
Seperti pada kisah Romeo dan Juliet karangan Shakespeare, teman-teman dan kerabat mereka mencela hubungan mereka kerana perbedaan usia di antara mereka dan kenyataan bahawa Xu sudah punya beberapa anak. Pada waktu itu, masyarakat tidak dapat terima dan dianggap tidak bermoral bila seorang pemuda mencintai wanita yang lebih tua. Untuk menghindari gossip murahaan dan celaan dari lingkungannya, pasangan ini Memutuskan melarikan diri dan tinggal di sebuah goa Desa Jiangjin, di sebelah selatan Chong Qing, di negara China sekarang.Pada mulanya kehidupan mereka sangat menyedihkan, serba-serbi kekurangan. Tidak punyai apa-apa, tidak ada letrik atau pun makanan. Mereka terpaksa makan rumput-rumputan dan akar-akar yang mereka jumpa di gunung itu. Liu, suaminya membuat sebuah lampu minyak tanah untuk menerangi hidup mereka. Xu, isterinya selalu merasa bahawa ia seolah-olah telah mengikat suaminya, sehingga berulang-kali bertanya,”Apakah abang menyesal?” Tetapi jawab Liu, “Selama kita rajin, kehidupan ini akan menjadi lebih baik!”.
Liu Ming Sheng, salah satu dari 7 orang anak mereka mengatakan, “Orang tuaku sangat saling mengasihi, mereka hidup menyendiri selama lebih dari 50 tahun dan tak pernah berpisah sehari pun. Selama itu ayah telah memahat 6000 anak tangga itu untuk menyukakan hati ibuku, walau pun ia tidak terlalu sering turun gunung.”Pasangan ini hidup dalam damai selama lebih dari 50 tahun. Suatu hari Liu suaminya yang sudah berusia 72 tahun, jatuh pingsan ketika pulang dari ladangnya. Xu, isterinya yang setia itu sentiasa duduk dan berdoa bersama suaminya, sampai Liu akhirnya meninggal dalam pelukannya. Kerana sangat mencintai isterinya, genggaman Liu sangat sukar dibuka dan dilepaskan dari memegang tangan Xu isterinya itu.“Kau telah berjanji akan memeliharakanku dan akan terus bersamaku sampai akan meninggal, tetapi sekarang kau telah pergi mendahuluiku, bagaimana akan aku dapat hidup tanpamu?” Selama beberapa hari Xu terus-menerus mengulangi kalimat ini sambil meraba peti jenazah suaminya dengan air mata yang membasahi pipi.
Pada tahun 2006 kisah ini menjadi salah satu dari 10 kisah cinta yang terkenal di China, yang dikumpulkan oleh majalah Chinese Women Weekly. Pemerintah China telah memutuskan untuk menyemadikan ‘anak tangga cinta’ itu, dan tempat kediaman mereka telah dijadikan muzium agar kisah cinta sebegini dapat hidup terus!...
Sekian, harap maklum. Wallahu aklam.




�Dari Catatan Santai Ibnu Hasyim(e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)Disember08, 08. KL

Kursus Organisasi Rakan Muda

SALAM RAKAN MUDA,
hi kawan2, bertemu lagi kita dalam rancangan.....write&report..


haha..saya thu saya skip crita dlm srm ni..after bdk2 UIA datang..kitorang gi beijing..
pastu baru ader kursus organisasi..
tapi,saya nak crita dulu pasal kursus sebab nak tulis pasal beijing macam panjang je..
nanti ekk..huhu..
atas permintaan ramai (yeke??), saya akan tulis diari SRM ni dalam dua format..
rasmi &tak rasmi..bezanye??tak rasmi adalah pandangan saya sendiri..manakala rasmi adalah 'LAPORAN PROGRAM' yang nak hantar kat PPP..huahua;P
cam penat je kan??..takpe2..demi pembaca akan saya teruskan.. Selama saya buat program tuk SRM ni..nilah antara2 time kitorang kerja laz minute..
habit kerja laz minit ni sebenarnya memeningkan..tapi in the end kite akan rser klaka..
banyak benda yang saya belajar daripada tolong jue2,k.ain,k.pka&k.sue handle program ni..
Mula2 sebenarnya kitorang ingat nak buat Kursus Organisasi Rakan Muda kat Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah jer..dari tarikh 27 Feb-1 Mac..tapi tak jadi kerana ramai kata takleh pegi..tuk mengelakkan darpipada pembaziran..kitorang cadang nak buat di audi siswa jer..
..tiba2 pada pagi pagi jumaat 27Feb..telefon k.ain berdecit..tut..tut..
rupenye,en.maarif call,nak pesan yang pada majlis perasmian esok,en.roslan nak datang..
maka kami2 pun pegi arr mencari tempat yang ok cket..sebab ada orang dari KBS nak datang time perasmian..
cari punya carii..akhirnya dewan sri kayangan,danau ukm juga menjadi pilihan..huhu..
esoknya..hari yang ditunggu2 pun tiba..
perasmian alhamdullilah berjalan dengan lancar walaupun everythin laz minit and saya jd mc 'bidan terjun'(perasmian pukul 11,pukul 9.30 baru buat teks;P)..ha2
pengisian seterusnya diisi dengan ceramah daripada en.zameri dan puan suraya..
pada hari kedua,bakal MKT SRMUKM diminta membentangkn program rangkaan untuk tahun depan..hehe..hangat gak arr sesi pembentangan ni..cuz..MKT lame SRM cuba memberi komen dan bertanya sebanyak mungkin untuk menggoyahkan pendirian pembentang..bkn ape,cuma nak lihat kesungguhan dan keyakinan diorang untuk program diorang sendiri..
Overall,sya cume agak terkilan sebab yang hadir ramai MKT lame..bakal2 MKT baru ramai tak dapat hadir.ada alasan yg boleh dterima..ada yg sebaliknya..walhal,program ni khas untuk mereka..
hmm..entahlah..saya sendiri meragui kemampuan diri untuk meneruskan SRM setelah k.su takde..saya ingat lagi dulu camna saya mula2 terima pos exco cinta alam tu,atas dasr tanggungjawab..tapi sekarang,saya boleh senyum and kata 'sekretariat rakan muda UKM is my pride and my passion'..hehe..bagi saya minat atas sesuatu tu adalah atas diri kita, buat satu perkara kerana tanggungjawab lain perasaannya daripada buat sesuatu kerana minat.. :D
Tapi demi SRM dan mereka2 yang tinggal dalam board..saya teruskan jua..tbe2 shahdu plak..
(kalau k.ain&jue2 bce,musti cakap..emo arr anim ni)..hu2


thanks sebab sudi bace dan sehingga bertemu lagi..
p/s:tulisan ini untuk renungan dan bukan mengaibkan..salam..hu2 :)




ya2..memang saya yang tulis 'Yakin, Boleh, Gemilang!' tu..huhu


En.Zameri sampaikan cenderamata pada En.Roslan..yang duduk tu En. Maarif..yang putih semacam tu,K.Su arr.. :P

Juejue dan saya serius mendengar pembentangan daripada bakal MKT baru..( walhal dalam hati,ape arr yang Achik mengarut ni :P )

Dari kiri: Haris,Ali&Shahril sangat berminat dengan penerangan daripada Puan Suraya lalu diterjemahkan dalam bentuk lukisan 'dragon ball' di atas kertas..motif??..huhu

Antara MKT2 lame yang hadir..ada aura tak??..hu2..p/s:ali,ko sorang jer tak pakai baju F1..

Gambar yang dirembat daripada blog a.amir..diambil selepas perasmian..

LAPORAN RINGKAS SKEMA:
Pada 28 Februari dan 1 Mac 2009, bertempat di Kelab Golf Danau,UKM Sekretariat Rakan Muda Universiti Kebangsaan Malaysia (SRMUKM) telah merangka satu program yang di namakan sebagai Kursus Organisasi Rakan Muda 2009. Program ini di adakan oleh Majlis Kerja Tertinggi dan Exco-Exco SRMUKM sesi 2008/2009 untuk bakal Majlis Kerja Tertinggi dan Exco-exco SRMUKM sesi 2009/2010. Pelaksanaan kursus seperti ini, diharapkan dapat membantu memantapkan lagi Sekretariat Rakan Muda UKM sesi akan datang . Dalam masa yang sama, ia dapat memupuk dan membina semangat berpasukan di kalangan Majlis Kerja Tertinggi dan Exco-Exco SRMUKM untuk memastikan pelaksaan program yang lebih sistematik dan teratur.

Sebagai seorang mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia, pastinya Sekretariat Rakan Muda ingin berperanan dalam menyumbang sesuatu kepada universiti dan masyarakat melalui pelaksanaan program pada masa akan datang. Oleh itu, kursus ini dijalankan untuk memastikan semua peserta dapat memahami dan mengaplikasikan ilmu-ilmu yang akan di perolehi melalui kursus ini dengan melaksana program-program yang akan di susun kelak.

Majlis perasmian bagi program ini diadakan pada pukul 11 pagi di Dewan Sri Kayangan. Majlis ini dihadiri oleh, Encik Roslan bin Haji Hussin; Pengarah Cawangan Pengembangan Rakan Muda Kementerian Belia dan Sukan, Encik Ma'arif bin Masaun; Pegawai Rakan Muda Kementerian Belia dan Sukan , Encik Zameri bin Ramli; Penyelaras Sekretariat Rakan Muda, En. Fuan bin Yusof; Pegawai Pusat Perkembangan Pelajar, Saudari Suriani bte Ding; Pengerusi Sekretariat Rakan Muda UKM serta para peserta Kursus Organisasi Rakan Muda.Hari kedua pula, slot diteruskan dengan penerangan daripada Puan Suraya bte Sulaiman serta sesi pertukaran idea antara peserta dan urusetia.

Antara pengisian program ini adalah ceramah-ceramah yang berkaitan denagn pengurusan dalam organisasi Rakan Muda. Antaranya adalah, 'Ceramah Pengurusan Organisasi' , 'Ceramah Protokol Majlis' , 'Kemahiran Berkomunikasi' dan 'Tatacara Memohon Bantuan daripada KBS'.

Wassalam...

SRMUIA datang melawat 'teratak' SRMUKM... ;)


Salam perpaduan semua,

saya ingat lagi tarikh diorang datang kat ukm...
spe diorang??jeng..jeng..
diorang ni barisan MKT sekretariat rakan muda UIA yg bru+ ahli2 diorang..
time tu ke'bZ'ian melanda..sebab next week nyer kitorang dah nak gi beijing..
Diorang sampai ukm sabtu ptg and blik ahd pg..(7&8 Feb kot..)
Kitorang cam blur2 time tu..sbab laz mnit nyer pemberitahuan diorang nak datang..huuhu.
Datang2 jer..kitorang buat sesi Taa'ruf..and pastu..pastu..mcm lpe jer ktorang uat per??
haha..
kitorang buat sesi bertukar idea kot..tp saya senyap jer..sbb tak trpikir nak tnya ape..
msuk 2nd day..baru arr masing2 ble borak2 dgn lebih mesra..kitorang sume jalan2 kat ukm @ lebih spesifiknye pegi dectar&panggung seni..ingatkan nk bwa diorang gi galeri kat Canseleri,tp tutup daa..
tapi jln kaki arr beb..berpeluh jugak arr diorang ikut ktorang..cian mereka2 itu..
yang pliknya, time kat dectar tu grup tour pecah dua, satu ikut k.su, satu lagi ikut jue2..
nak di'story'kn..jue2 ble sesat agak lme gak arr dalam dectar..
ni sume gara2 mereka2 tu berminat dgn crita2 'MISTERI' kt dlm dectar..tu yg kitorang jln lme cket dlm dectar..huahua..
mlu gak arr dah 2 thun jd warga ukm dalam dectar pun ble sesat.. ;P
Pas2,mereka2 dari UIA ni pun balik dalam pkul 11 pagi..haha.setel satu program kecik..
sbenarnya..waktu diorang dtg..kitorang poyo2 jer..
tapi dengar ni..diorang kte:

"terima kasih ar, sebab layan kitorang best..nanti kalau ade paper program kiter kontek2 k.."

terharu sbenarnya..haha..so,harap2 mereka2 dari UIA jgn lpe ar jmput kitorang lg..walaupun Auto Gala hari tu tak dapat pegi..sowie yer..ade program lain..





tgh tunggu bdak2 SRMUIA sampai..spe arr yg tngkap ni??poyo2 je muka;P




comey2 kan student UIA ni..tapi student UKM lagi cute kn??..ha2






bdak2 UIa yg datang..ramai gak lelaki..tapi ramai lagi perempuan..thanks sbab sudi datang;)tbe2 ader k.sue mnyelit kat gambar ni..capap jer..hehe


ha..jeng2..ni arr barisan MKT SRMUKM & SRMUIA..(ader aura tak??;P )..gurls yg berseluar tu ktorang arr..

ya para pembaca sekalian!!..ini arr dier insan yg agak penting gak arr dlm SRM..hua2..jgn mare ye Lah & k.sue..sonang crita..beliau2 ni arr pengerusi SRMUIA (Lah) dan SRMUKM (k.sue)


p/s: konklusinya..cambest gak aktvt melawat uni2 lain ni...dengan itu, cik naQi pun bakal mengadakan program jelajah ipt kawasan selatan pada 27-29 Mac ni..jangan lupe join k..
Dtg arr menjenguk2 bilik rakan muda kat pusan..huhu..salam;)