SALAM RAKAN MUDA,
hi kawan2, bertemu lagi kita dalam rancangan.....write&report..
haha..saya thu saya skip crita dlm srm ni..after bdk2 UIA datang..kitorang gi beijing..
pastu baru ader kursus organisasi..
tapi,saya nak crita dulu pasal kursus sebab nak tulis pasal beijing macam panjang je..
nanti ekk..huhu..
atas permintaan ramai (yeke??), saya akan tulis diari SRM ni dalam dua format..
nanti ekk..huhu..
atas permintaan ramai (yeke??), saya akan tulis diari SRM ni dalam dua format..
rasmi &tak rasmi..bezanye??tak rasmi adalah pandangan saya sendiri..manakala rasmi adalah 'LAPORAN PROGRAM' yang nak hantar kat PPP..huahua;P
cam penat je kan??..takpe2..demi pembaca akan saya teruskan.. Selama saya buat program tuk SRM ni..nilah antara2 time kitorang kerja laz minute..
habit kerja laz minit ni sebenarnya memeningkan..tapi in the end kite akan rser klaka..
banyak benda yang saya belajar daripada tolong jue2,k.ain,k.pka&k.sue handle program ni..
Mula2 sebenarnya kitorang ingat nak buat Kursus Organisasi Rakan Muda kat Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah jer..dari tarikh 27 Feb-1 Mac..tapi tak jadi kerana ramai kata takleh pegi..tuk mengelakkan darpipada pembaziran..kitorang cadang nak buat di audi siswa jer..
..tiba2 pada pagi pagi jumaat 27Feb..telefon k.ain berdecit..tut..tut..
..tiba2 pada pagi pagi jumaat 27Feb..telefon k.ain berdecit..tut..tut..
rupenye,en.maarif call,nak pesan yang pada majlis perasmian esok,en.roslan nak datang..
maka kami2 pun pegi arr mencari tempat yang ok cket..sebab ada orang dari KBS nak datang time perasmian..
cari punya carii..akhirnya dewan sri kayangan,danau ukm juga menjadi pilihan..huhu..
esoknya..hari yang ditunggu2 pun tiba..
perasmian alhamdullilah berjalan dengan lancar walaupun everythin laz minit and saya jd mc 'bidan terjun'(perasmian pukul 11,pukul 9.30 baru buat teks;P)..ha2
pengisian seterusnya diisi dengan ceramah daripada en.zameri dan puan suraya..
pada hari kedua,bakal MKT SRMUKM diminta membentangkn program rangkaan untuk tahun depan..hehe..hangat gak arr sesi pembentangan ni..cuz..MKT lame SRM cuba memberi komen dan bertanya sebanyak mungkin untuk menggoyahkan pendirian pembentang..bkn ape,cuma nak lihat kesungguhan dan keyakinan diorang untuk program diorang sendiri..
Overall,sya cume agak terkilan sebab yang hadir ramai MKT lame..bakal2 MKT baru ramai tak dapat hadir.ada alasan yg boleh dterima..ada yg sebaliknya..walhal,program ni khas untuk mereka..
Overall,sya cume agak terkilan sebab yang hadir ramai MKT lame..bakal2 MKT baru ramai tak dapat hadir.ada alasan yg boleh dterima..ada yg sebaliknya..walhal,program ni khas untuk mereka..
hmm..entahlah..saya sendiri meragui kemampuan diri untuk meneruskan SRM setelah k.su takde..saya ingat lagi dulu camna saya mula2 terima pos exco cinta alam tu,atas dasr tanggungjawab..tapi sekarang,saya boleh senyum and kata 'sekretariat rakan muda UKM is my pride and my passion'..hehe..bagi saya minat atas sesuatu tu adalah atas diri kita, buat satu perkara kerana tanggungjawab lain perasaannya daripada buat sesuatu kerana minat.. :D
Tapi demi SRM dan mereka2 yang tinggal dalam board..saya teruskan jua..tbe2 shahdu plak..
(kalau k.ain&jue2 bce,musti cakap..emo arr anim ni)..hu2
thanks sebab sudi bace dan sehingga bertemu lagi..
p/s:tulisan ini untuk renungan dan bukan mengaibkan..salam..hu2 :)
ya2..memang saya yang tulis 'Yakin, Boleh, Gemilang!' tu..huhu
En.Zameri sampaikan cenderamata pada En.Roslan..yang duduk tu En. Maarif..yang putih semacam tu,K.Su arr.. :P
Juejue dan saya serius mendengar pembentangan daripada bakal MKT baru..( walhal dalam hati,ape arr yang Achik mengarut ni :P )
Juejue dan saya serius mendengar pembentangan daripada bakal MKT baru..( walhal dalam hati,ape arr yang Achik mengarut ni :P )
Dari kiri: Haris,Ali&Shahril sangat berminat dengan penerangan daripada Puan Suraya lalu diterjemahkan dalam bentuk lukisan 'dragon ball' di atas kertas..motif??..huhu
Antara MKT2 lame yang hadir..ada aura tak??..hu2..p/s:ali,ko sorang jer tak pakai baju F1..
Gambar yang dirembat daripada blog a.amir..diambil selepas perasmian..
LAPORAN RINGKAS SKEMA:
Pada 28 Februari dan 1 Mac 2009, bertempat di Kelab Golf Danau,UKM Sekretariat Rakan Muda Universiti Kebangsaan Malaysia (SRMUKM) telah merangka satu program yang di namakan sebagai Kursus Organisasi Rakan Muda 2009. Program ini di adakan oleh Majlis Kerja Tertinggi dan Exco-Exco SRMUKM sesi 2008/2009 untuk bakal Majlis Kerja Tertinggi dan Exco-exco SRMUKM sesi 2009/2010. Pelaksanaan kursus seperti ini, diharapkan dapat membantu memantapkan lagi Sekretariat Rakan Muda UKM sesi akan datang . Dalam masa yang sama, ia dapat memupuk dan membina semangat berpasukan di kalangan Majlis Kerja Tertinggi dan Exco-Exco SRMUKM untuk memastikan pelaksaan program yang lebih sistematik dan teratur.
Sebagai seorang mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia, pastinya Sekretariat Rakan Muda ingin berperanan dalam menyumbang sesuatu kepada universiti dan masyarakat melalui pelaksanaan program pada masa akan datang. Oleh itu, kursus ini dijalankan untuk memastikan semua peserta dapat memahami dan mengaplikasikan ilmu-ilmu yang akan di perolehi melalui kursus ini dengan melaksana program-program yang akan di susun kelak.
Sebagai seorang mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia, pastinya Sekretariat Rakan Muda ingin berperanan dalam menyumbang sesuatu kepada universiti dan masyarakat melalui pelaksanaan program pada masa akan datang. Oleh itu, kursus ini dijalankan untuk memastikan semua peserta dapat memahami dan mengaplikasikan ilmu-ilmu yang akan di perolehi melalui kursus ini dengan melaksana program-program yang akan di susun kelak.
Majlis perasmian bagi program ini diadakan pada pukul 11 pagi di Dewan Sri Kayangan. Majlis ini dihadiri oleh, Encik Roslan bin Haji Hussin; Pengarah Cawangan Pengembangan Rakan Muda Kementerian Belia dan Sukan, Encik Ma'arif bin Masaun; Pegawai Rakan Muda Kementerian Belia dan Sukan , Encik Zameri bin Ramli; Penyelaras Sekretariat Rakan Muda, En. Fuan bin Yusof; Pegawai Pusat Perkembangan Pelajar, Saudari Suriani bte Ding; Pengerusi Sekretariat Rakan Muda UKM serta para peserta Kursus Organisasi Rakan Muda.Hari kedua pula, slot diteruskan dengan penerangan daripada Puan Suraya bte Sulaiman serta sesi pertukaran idea antara peserta dan urusetia.
Antara pengisian program ini adalah ceramah-ceramah yang berkaitan denagn pengurusan dalam organisasi Rakan Muda. Antaranya adalah, 'Ceramah Pengurusan Organisasi' , 'Ceramah Protokol Majlis' , 'Kemahiran Berkomunikasi' dan 'Tatacara Memohon Bantuan daripada KBS'.
Wassalam...
rindu u all sume...
ReplyDelete-from k.pka