Kursus Induksi Gaya Hidup Rakan Muda di Kem Rekreasi Intan Suraya

Salam rakan muda dan salam 1Belia!

Pada 16-18 Julai 2010, syukur alhamdulilah Kursus Induksi Gaya Hidup Rakan Muda telah berjaya dijalankan di Kem Rekreasi Intan Suraya, Sg.
Siput, Perak. Seramai 35 orang peserta telah menghadirkan diri ke kursus yang bertemakan'Kecergasan Mengilhamkan Mahasiswa Cemerlang' termasuklah 7 orang
peserta dari Kampus Kuala Lumpur.

Perjalanan dimulakan dari UKM Bangi ke UKM KL pada pukul 4.30 petang dan seterusnya bertolak ke Sg. Siput, Perak. Kami tiba di Sg. Siput pada pukul 9 malam. Setibanya di sana, kami disambut oleh Abang Yus dan diberi sedikit taklimat dari pengarah program, Khoiri Muhammad. Kami juga diberi peluang untuk merasmikan dan memasang khemah milik SRMUKM.

Berikut kami kongsikan serba sedikit gambar-gambar sepanjang aktiviti kami
di sana




Terima kasih diucapkan kepada semua peserta dan semoga
ukhuwah yang terbina akan terus terjalin.
Amin

YAKIN BOLEH GEMILANG!!

1 comment:

cadangan dan komen anda amat dihargai