Laporan Perjumpaan Perdana SRMUKM2010

Salam Rakan Muda!

Pada 27 Julai 2010 jam 8.30malam, Perjumpaan Perdana SRMUKM telah diadakan dengan jayanya diDKF 203 FSSK dan pada 28Julai 2010 jam 9.30 malam di Surau D KTSN. Perjumpaan Perdana ini diadakan untuk memperkenalkan MT dan exco SRMUKM kepada ahli-ahli SRMUKM termasuklah ahli-ahli yang baru mendaftar pada Minggu Pengenalan Persatuan di samping membina ukhuwah yang rapat antara MT, exco dan ahli-ahli SRMUKM. Ahli-ahli SRMUKM diberitahu tentang pelan aktiviti sepanjang sesi 2010/2011 dan berpeluang untuk membuat tempahan tshirt SRMUKM di samping boleh bersoal jawab dengan MT dan exco SRMUKM.

Minggu Pengenalan Persatuan UKMKL

Minggu Pengenalan Persatuan UKM Bangi


Perjumpaan Perdana UKM Bangi

Perjumpaan Perdana UKMKL

Terima kasih diucapkan kepada semua ahli-ahli yang telah mendaftar dan menghadirkan diri ke Perjumpaan Perdana SRMUKM dan juga di atas sambutan yang sungguh memberangsangkan. Sertailah aktiviti-aktiviti kami dan terus menyokong kami!
Semoga SRMUKM terus maju dan gemilang!

YAKIN BOLEH GEMILANG!!

No comments:

Post a Comment

cadangan dan komen anda amat dihargai