MAJLIS PELANCARAN GENERASI BEBAS JENAYAH DI KOMPLEKS SUKAN BUKIT JALIL..

posing sambil tunggu Bas KBS sampai..huhu

K.su with Pegawai Penggerak Rakan Muda Puchong..

Team Go-Mobile in action..promote jgn tak promote..kepada sesiapa yg belum mendaftar sebagai ahli rakan muda..segeralah berbuat demikian :)

Nadia, K.Su & K.ain tengah tunggu majlis perasmian start...

Mereka2 yg sibuk bergambar kenangan dengan stage background, sesudah majlis perasmian..

Para VIP yang hadir...Dato' Seri Ismail Sabri, org2 penting dari KBS, Duta 'Generasi Bebas Jenayah' serta pengacara majlis, Sarimah Ibrahim..

Majlis penyampaian cenderamata..besaqnya frame..hehe

Persembahan tarian urban..konsep tarian masih kabur, Gaya Hidup Aktif mungkin..

Sambil mendengar, sempat lagi bergambar..

Duta-duta Generasi Bebas Jenayah bersama dengan Dato'Seri Ismail Sabri ..

Tarian sewaktu pembukaan Majlis Perasmian Generasi Bebas Jenayah..

Para VIP tertarik untuk melihat Dato' Seri Ismail Sabri yang nampaknya berminat dengan kandungan dalam 'Goodie Bag'..

Menyanyikan lagu rasmi ketika majlis berlansung..

Gimik perasmian Majlis Pelancaran Generasi Bebas Jenayah..

PELANCARAN GENERASI BEBAS JENAYAH
Kuala Lumpur, 8 Mac – Pelbagai program di anjurkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menghindarkan belia daripada perlakuan jenayah. Dalam usaha untuk menangkis pandangan negatif masyarakat kepada golongan belia, KBS telah melancarkan program belia cegah jenayah baru- baru ini.
Dalam ucapannya, Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob menyeru supaya golongan belia mengisi masa lapang dengan menyertai program- program yang dianjurkan oleh KBS.
Beliau juga mahu golongan belia supaya menjauhkan diri dari perbuatan jenayah yang boleh memusnahkan masa depan mereka. Beliau ditemui ketika merasmikan Program Generasi Bebas Jenayah di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini.
Hadir sama Ketua Setiausaha, Kementerian Belia dan Sukan Yang Berbahagia Dato’ Mohd Yasin b. Mohd Salleh dan Ketua Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Yang Berbahagia Dato’ Haji Fathul Razi Haji Bakri.
.....................................................................................................
yang kat atas tu 100% copy dari laman web KBS...
Saya sukar nak ceritakan suasana ketika majlis pelancaran generasi bebas jenayah kat bukit jalil tu..hal ini kerana, ketika majlis berlangsung, saya asyik di dalam dewan peperiksaan..manakala jue2 pula asyik berada di rumah..
So,wakil2 dari UKM ni diketuai dan diuruskan oleh k.ain,k.sue,nadia,madiha&achik...
Mencabar jugak nak dapatkan peserta ni..student UKM ramai..tapi ada bermacam komitmen..kebetulan pada minggu itu ramai yang balik..maklum arr cuti tiga hari..
daripada cerita k.su,bas KBS jemput mereka di pusanika dalam pukul 8.30..dan bertolak ke bukit jalil pukul 9.30..
sampai jer kat bukit jalil..wakil2 yang datang dari universiti dan kelab2 belia sekitar Selangor kena menunggu untuk waktu perasmian iaitu pada pukul 12tgh..
Biase arr nak kena tunggu VIP..crowd kena datang awal, VIP akan datang lambat..baru nampak meriah cket time kuar tv & paper nanti..huhu :)
Pastu,majlis perasmian tu berakhir dalam lebih kurang pukul 2,dan crowd dijemput mengambil makanan yang disediakan..Ok,yang beshnya..diorang dapat 'Goodie Bag' GENERASI BEBAS JENAYAH...Dalam nyer ada button ~KILL THE CRIME~ & ~GENERASI BEBAS JENAYAH~ , tshirt putih GENERASI BEBAS JENAYAH yang bermotifkn urban art , template graffiti GENERASI BEBAS JENAYAH , pelekat kereta GENERASI BEBAS JENAYAH ( yang akan saya tampal belakang kereta jue2 )..dan sticker2 GENERASI BEBAS JENAYAH..
Walaupun tak dapat pegi..k.su reservekan satu beg untuk saya..huhu..tQ k.Su :)
Saya perasan yang sekarang ni..motif urban art semakin menjadi fenomena..
Sampai hampirsemua poster,flyer dan banner pun ada unsur2 itu..
'But I love to challenge anybody who are involved in this kreatif business to combine or mix urban art with classic motifs...innovative enough?'..huhu..musti indah&kompleks kan.. :)
Pastu k.su kte lagi, dalam majlis pelancaran ni, ada tiga orang telah dilantik sebagai duta program ni..perasan tak dalam gambar di atas ada tiga orang belia melayu,cina & india yang tengah pegang gimik perasmian di samping Dato' Sri Ismail Sabri..ok,yg saya kenal Aliff jer..yang lagi dua orang tu, maaf,saya kurang kenal..ade sesiapa yang kenal ker?? inform arr kat saya.... :)

Tu jer serba sedikit cerita mengenai aktvt SRM pada minggu ni..Thanks pada pembaca..
Jumpa pada lain entri.. :)
p/s:saya akan cuba upload gambar barang2 'goodie bag' tu..and gambar2 mereka2 yang pergi :)

5 comments:

cadangan dan komen anda amat dihargai