Lawatan Balas SRM UTM

Sekretariat Rakan Muda UTM telah mengadakan Lawatan Balas ke UKM pada 10 April hingga 12 April 2009. Mereka telah smapai pada 10 April jam 930 malam, SRM UKM telah menyambut ketibaan pihakUTM di bilik gerakan SRM UKM. Sedikit sesi taaruf dan sesi dialog telah diadakan dan di akhiri dengan jamuan ringan.

Pada 11 April 2009, Sekretariat Rakan Muda UKM telah menyediakan beberapa aktiviti menarik untuk Pihak UTM.Antaranya ialah Tresure Hunt yang telah diadakan di Stadium UKM. Walaupun cuaca agak panas pada pagi itu, ia tidak menghalang dan mematahkan semangat SRM UTM untuk mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut. Bagi kumpulan yang menang dalam Tresure Hunt ini kemudiannya akan dibawa bersiar-siar sekitar UKM dengan menunggang basikal.

Pada petang nya pula, SRMUTM telah merancang untuk pergi ke Alamanda Putrajaya. Beberapa orang Exco telah turut sama memeriahkan keadaan. Acara BBQ telah diadakan pada malam tersebut di perkarangan penginapan mereka di Pangsapuri Taman Tenaga. Acara itu turut di bantu oleh exco-exco dari SRM UKM.

12 April 2009, tepat jam 9 pagi Sekretariat Rakan Muda UTM telah pun bertolak ke detinasi mereka seterusnya. Pelbagai kenangan telah dikongsi bersama. Diharapkan perhubungan SRM UTM dan SRM UKM akan terus kekal selamanya.

No comments:

Post a Comment

cadangan dan komen anda amat dihargai