Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia telah menganjurkan satu program yang dikhususkan kepada semua Sekretariat Rakan Muda IPT di Malaysia.Program telah berlangsung pada 10 Mei 2009 di Dewan Komanwel,Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil Kuala Lumpur. Program tersebut telah dihadiri oleh YB Dato' Ahmad Shabery Bin Cheek iaitu Menteri Belia dan Sukan Malaysia.
Terdapat lebih kurang 35 buah IPT yang telah menubuhkan Sekretariat Rakan Muda di IPT salah satunya adalah Sekretariat Rakan Muda UKM. Diantara objektif program ini dilaksanakan adalah sebagai platform untuk berinteraksi dengan lebih dekat dengan pemimpin pelajar IPT serta menyelami kehendak generasi muda di Institusi Pengajian Tinggi.
Sekretariat Rakan Muda UKM telah menghantar 2 orang wakil ke program ini iaitu Nurulain Bt Ahmad (Timbalan Presiden I) dan Siti Naqiah Binti Ajman (Bendahari). Majlis ini telah berlangsung pada pukul 2 petang dan dimulakan dengan slot yang pertama iaitu "Program Rakan Muda Sebagai Agenda Pembangunan Sosial Generasi Muda Malaysia".
Acara kemuncak adalah pada pukul 8.30 malam apabila Sesi Dialog tertutup bersama YB Dato' Shabery Cheek , Menteri Belia Dan Sukan. Wakil Pemimpin pelajar boleh mengajukan soalan secara lansung kepada YB Dato'. Sidang AKhbar juga turut berlangsung sejurus program berakhir.
Pentas utama
No comments:
Post a Comment
cadangan dan komen anda amat dihargai